Wednesday, October 28, 2015

Sejauh mana Media dan Komunikasi dimanfaatkan untuk Islam?

Masjid yang indah dan damai... sangat sesuai dijadikan tempat pertemuan dan perbincangan...Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong...di Seminar Serantau Komunikasi Islam & Masyarakat pagi tadi...

Menghadirkan diri..mendengar pakar Media dan Komunikasi..bagaimana bidang ini mampu dimanfaatkan untuk tujuan penyebaran mesej Islam dan dakwah..sangat mengujakan jiwa...

Prof. Dr. Asiah Sarji (Universiti Malaysia Perlis - UniMaP) dalam Ucaptamanya "Transformasi Pemikiran Islam Melalui Media" mengemukakan beberapa perkara:-

"Setiap yang mengaku dirinya Muslim, bertanggungjawab dalam mentransformasikan pemikiran lainnya dalam pelbagai bidang kehidupan sama ada bersifat sejagat mahupun tempatan, termasuk bidang perfileman. Di antara persoalannya, sejauh mana kemampuan karyawan Muslim dalam industri ini? Sejauh mana dimanfaatkan peluang yang ada, sekuat mana komitednya karyawan Islam?

Beberapa faktor dikemukakan dalam kertas kerja kajian awal yg ditulis bersama calon pengajian ijazah tingginya Tuan Zabidi Mohamed itu. Di antaranya adalah peserta industri filem Malaysia tidak memanfaatkan sistem dan dasar yang ada bagi mengetengahkan pemikiran Islam secara efektif. Pada pandangan mereka, sekiranya para pemikir punya asas kukuh tentang Islam, berupaya menguasai teknologi dan kreativiti, di samping punya sahsiah Muslim, tidak mustahil media filem mampu meninggalkan kesan mendalam terhadap cara fikir dan minda ummah. Malah mampu melahirkan insan kamil, disegani di persada dunia, seimbang dan progresif dalam tuntutan duniawi dan akhirat.

Sementara itu, Saudara Elly Iskandar, yang terlibat secara langsung dalam bidang penyiaran menegaskan dalam pembentangannya "Cabaran Peradaban Moden dan Peradaban Islam dalam Media Penyiaran, Media Penyiaran" mengajak dan membuka mata umat Islam supaya mengubah minda daripada menjadi "Consumer" semata-mata. Langkah harus bermula walaupun bantuan kewangan daripada pihak berwajib amat terhad dan sukar diperolehi. Malah beliau menyebut, sahabat Nabi S.A.W., usahawan Abdul Rahman bin Auf r.a. seharusnya dijadikan contoh faktor pendorong. Sekalipun sewaktu Hijrah ke Madinah, beliau ditawarkan isteri dan harta, jiwa besar yang dimilikinya menjadi penasihat bagi menolak sebarang bantuan luar malah beliau hanya berkata, "Tunjukkan saya di mana pasar."

Bermakna, kita perlu gunakan segala kepakaran dan kemahiran, berusaha dan kemudian bertawakal...meyakini yang pertolongan Allah pasti akan mendatang...

Perkara yang menyentuh hati ini ialah apabila Prof. Dr.Asiah menyatakan pada awal pembabitan beliau dalam bidang ini lebih 30 tahun yang lalu, betapa banyak cabaran yang ditempuhi beliau. Seperti dituduh dan dilabel oleh segolongan pihak. (Komen saya - Mungkinkah mereka sempit minda?) Namun beliau tidak berganjak, kerana beliau bimbang umat Islam akan hancur kerana senjata media ini, jika beliau tidak turut sama-sama membabitkan diri dalam bidang yang seharusnya dapat dijinakkan untuk tujuan memperkuatkan minda umat Islam..bermakna beliau seorang yang "visionary".Tabik spring! Kepada wanita yg sudah berusia 65 tahun ini..Allahu Akbar!!!

Filem dan Drama Patuh Syariah..Sewaktu santai-santai, sempat dibincangkan..Objektif akhir ini perlu dilaksanakan mengikut langkah demi langkah yang tersusun mengikut unjuran:

1. Murni Syariah...kemudian
2. Mesra Syariah...kemudian baharulah ramai yang bersedia dan mahu menerima yang
3. Patuh Syariah..

(Ada berkait dengan Konsep Maqasid Syariah?)

Wallahualam...





Thursday, October 22, 2015

Antara Buah Pala dan Durian Paduka






Tatkala itu, saya dijemput menghadiri majlis anugerah penulisan esei peringkat universiti..bertemakan "Hari-hariku Bersama USM"..Sedikitpun tidak hati ini menyangka yang artikel saya yang tidak seberapa dan dihantar secara suka-suka..bertajuk "Antara Buah Pala dan Durian Paduka" telah memenangi tempat kedua. Alhamdulillah..Sasterawan Negara..tidak lokek memberikan kata-kata perangsang..sedangkan siapalah saya? Syukur...Alhamdulillah

Mengapa tajuk itu menjadi pilihan? Buah pala ialah buah legenda..simbol negeri Pulau Pinang manakala Durian Paduka...spesi buah yang amat terkenal di Perak Tengah.                    
                                       
Esei itu menceritakan pahit manis, susah senang pengalaman dengan USM ..awal2 tahun saya berkhidmat di kampus induk, Minden, Pulau Pinang.

Diarahkan berpindah ke Kampus Sementara  di Ipoh, iaitu tapak Pejabat Penguasa DBI sekarang. Setentang Setesen Kereta Api Ipoh dan berdekatan padang menghijau seberang jalan Sekolah St.Michael.





Kemudian berpindah pula ka tapak tetap di Kampus Cawangan Perak, Tronoh, Perak Tengah. Kini bertukar tangan menjadi Universiti Teknologi Petronas, sebelum diarah berpindah semula ke tempat sekarang iaitu Seri Ampangan, Transkrian, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Kini setelah memberi khidmat selama 34 tahun, tempat mencurah bakti menjadi kenangan. Semoga segala curahan usaha dan tenaga dikira Allah sebagai al amal salih..Aamiin..

Tuesday, October 13, 2015

Doa utk yg sakit..syukur menyambung silaturrahim

Anak saudara yg kemalangan sejak penghujung Mac tahun ini dan ditempatkan di wad hospital akhirnya kini dapat kembali ke rumahnya..Alhamdulillah..

Kami sekeluarga senantiasa mendoakan semoga Muhamad Aqif bin Muhammad Salihin akan sembuh sepenuhnya..dan juga Allah kurniakan ibu ayahnya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian besar ini..Aamiin..

Disebabkan kami telahpun sampai ke tempat yg telah sekian lama tidak kami kunjungi, maka kami mengambil keputusan melencong sedikit...

Perjalanan diteruskan ke rumah sahabat lama ...sewaktu bersekolah di peringkat sekolah menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3..tahun-tahun 1971-1973).

Sungguh kediamannya sangat nyaman..aman damai..sangat sesuai bagi berkarya..rumahnya terletak benar-benar di gigi air..Teluk Muruh.

Pasti pemandangan lagi cantik dan menarik sekiranya bukan musim berjerebu begini..

Sahabat lama saya ini beserta suaminya..guru pesara...siapakah yang tidak inginkan kualiti kehidupan seperti mereka berdua..dari saat bangun pagi, setiap detik sehingga ke malam untuk beradu..bunyi desiran air laut dan ombak pantai..mengasyikkan..tidak kurang pemandangan begitu menenangkan...juga nelayan yg ulang alik ke laut membawa hasil tangkapan..segar bugar..Kami sempat dijamu ikan bakar dan kerang rebus..baru naik dari laut..juga kerabu telur belangkas beserta nasi goreng lazat..Alhamdulillah..

Nantilah..kami akan berkunjung lagi..kala itu..kami akan bermalam pula, ya? Tuan rumah ramah mesra ...semoga Allah menambahkan rezeki yg melimpah ruah kepada sahabat kami.










AAMIIN...