Assalamualaikum…
Sungguh lama bukan? Sebetulnya, ya!
Saya mengambil keputusan bagi ‘bertapa’…menyediakan sebuah manuskrip
baharu (bukan baru, ya? Daftar kamus terkini adalah ‘baharu’ J ). Memindahkan tesis
Ijazah Kedoktoran salah seorang daripada pelajar Ph.D yang saya menyelia
bersama..menjadi sebuah buku yang dapat dihadam oleh orang awam.
Manuskrip itu siap dalam masa 4 bulan. Walaubagaimanapun, urusan dengan penerbit...ding sana..dong sini…proses menjadi begitu lama..saya hampir-hampir kecewa…
Selepas itu, saya katakan pada diri saya…blog tidak akan
dikemaskini selagi buku baharu itu tidak diterbitkan.
3 tahun berlalu…buku itu hampir siap diterbitkan…urusan
birokrasi. Juga kepayahan mengenalpasti dan mendapatkan sang illustrator yang
berwibawa.
Tiba-tiba…berita gembira pada lewat tahun sudah. Ilustrator telah
ditemui. Hati saya dan penulis bersama melonjak ke langit. Tambahan tatkala
menatap hasil kerja yang begitu bermutu tinggi. Kami bersetuju yang illustrator
harus diberikan sedikit peratus daripada royalti yang kami bakal terima
sekiranya buku dapat dijual. Sangat teruja kerana impian melihat hasil kerja
kami pada rak di kedai-kedai buku hampir tercapai. Tiba saat akhir, selesai
proses prufread, ada sedikit situasi yang perlu dibuat ubahsuaian…harapan
kemabli mengendur. Kami perlu terus menunggu…Sedih…
Oleh itu, sementara menunggu (menunggu itu satu penyiksaan…baharulah
saya faham maksud ayat ini dalam bait-bait lagu), saya cuba-cuba melihat blog
rakan dan taulan. Terlihat blog sahabat lama yang kembali 'hidup semula'. Dia ‘mati’ dalam tempoh yang lebih lama (selama 4
tahun). Terus menyuntik semangat mengaktifkan blog ini kembali…
Di samping itu, mahu juga saya perkenalkan blog cucunda
sulung saya...si cilik cantik manis bernama Nuha Insyirah bt. Mohd. Khalil
Izwan (ibunya Nusaybah bt. Mohamad Sofian) yang rupa-rupanya mempunyai banyak
kisah bagi dikongsikan di blognya ini - The Little Storyteller )
Harap anda seronok membaca hasil tulisannya..
PS. Boleh tahan juga, hasil karya yang datang dari seorang kanak-kanak
perempuan berusia 9 tahun, bukan?