Tuesday, March 18, 2008

Puteri Salsabila..Siri Cerita Rakyat..

Ini adalah percubaan pertama saya menulis karya berdasarkan daya imaginatif sepenuhnya dan bercorak pengembaraan (adventure) serta dalam lengguk bahasa melayu semi-klasik...

Siri cerita rakyat ini adalah sebagai satu usaha menyahut panggilan Puan SifuPTS (Puan Ainon Mohd.) yang mahu siri cerita yang tidak lagi ‘memperbodohkan’ minda rakyat, terutama cerita klasik melayu. Sebagai contoh cerita 'Lebai Malang' yang mempersendakan alim ulama’ (sepatutunya kedudukan mereka diletakkan pada paras yang tinggi dan kata-kata mereka dihormati), cerita 'Bawang Putih Bawang Merah' yang tidak menunjukkan contoh teladan sifat ibu tiri yang sepatutnya seorang yang pengasih pada anak yang kehilangan ibu kandungnya dan lain-lain lagi. Juga mengisi kekosongan dalam cerita fantasi kanak-kanak perempuan dari negara barat seperti cerita ‘Sleeping Beauty’ – puteri tidur sepanjang masa kemudian apabila celik matanya, boleh sahaja berkahwin dengan anak raja; memberi konotasi yang kurang baik, seolah-olah seseorang itu boleh bermalas-malasan, kemudian akhirnya dapat juga berkahwin dengan orang senang tanpa perlu berusaha dan mencari ilmu...

Puteri Salsabila mengisahkan seorang puteri pintar dan berkemahiran. Walaupun dia menghadapi dugaan penuh getir, bersama teman setianya Tasnim, mereka berdua tidak mudah putus asa. Sebaliknya, mereka bersemangat waja sehingga dapat menumpaskan pakatan jahat mengambil alih sebuah negara dalam pengembaraan mereka….ada unsur suspen, sedih, tipu daya, jenaka, gembira dan berbagai lagi…

Moga kisah ini akan dapat menyumbang dalam mengubah minda (mindset) pembaca remaja dan remaja awal serta dihargai sehingga beratus tahun yang akan datang...Amin

13 comments:

Ummi said...

I have read your comment in idhams' blog but have never visited you. And today I did. I am glad that I met you. looking forward for your new book. Infact yesterday I have noted down all the books that you have, gonna look for them at pesta buku in april.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum ummi,

Thank you for visiting!

And thank you too for supporting writers like me...

Wasalam..

cikMilah said...

Assalamualaikum kakUmi,
very glad that you visited and left comment in my blog. IsyaAllah, in the midth of exploring Umar to become "certot" if not cerpen.

Neeza Shahril said...

Puteri Salsabila ni menarik untuk anak dara Neeza yang 2 orang ni. Sophea memang suka baca buku cerita tapi disini semuanya in English. Takpe lah tu. Cuma, memang kalau boleh neeza pun tak berkenan dengan cerita yang banyak menonjolkan elemen negatif diminda kanak kanak.

Insyaalllah, neeza akan cari buku ni nanti.

p/s: Neeza sedang berfikir untuk buat jibunsyi tu. Tapi jibunsyi tu apa kak Umi? kisah hidup ke? Adakah ia semestinya dari lahir sampai tua ataupun sebahagian pun boleh? Terima kasih... :)

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

CikMilah,

Ya! Teruskan usaha walaupuns sedikit...akan selalu singgah lagi jika berkesempatan..

Neeza,

Terima kasih di atas sokongan kepada kami golongan penulis (walaupun saya hanya penulis separuh masa).

Jibunsyi itu adalah kisah sebuah kehidupan orang biasa-biasa seperti kita, bukan seperti autobiografi orang berpangkat atau orang besar-besar. Setiap orang pasti punyai kisah hidup yang berbeza dan unik. Orang lain baca boleh mendapat inspirasi. Di Jepun memang rakyatnya menulis jibunsyi sebagai amalan dan dilatih sejak kecil. Ingat cerita Oshin yang telah dibikinkan filem? Itu adalah satu contoh jibunysi yang berkesan.

Tulislah kehidupan Neeza seingat paling awal yang boleh. Cuba sehingga usia 17-18 tahun (bolah dijadikan bahan novel bacaan remaja awal). Jika ada masa dan kelapangan, sambung..

Wasalam.

NOVEL SEJARAH said...

Assalamualaikum dan selamat menyambut Maulidul Rasul. Tahniah dengan terbitnya Puteri Salsabila. Jumpa di Pesta Buku nanti :)

bukusaat said...

salam...
jk boleh sila masukkan blog jomtulis dalam blog anda..tq

Umi Kalthum Ngah said...

Saya menerima emel ini daripada sahabat lama suami saya yang kini di Dubai (yang juga sebelum ini telah rajin mengunjungi blog saya ini, tanpa masing-masing kami mengetahui yang dia dan suami adalah rakan sekolah di STAR, Ipoh lebih tiga puluh tahun dahulu...)

"Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....
Puan umi kalthum,

Semoga puan sentiasa sentiasa sihat dan di dalam rahmat Allah di samping keluarga.

TAHNIAH!!! Di atas kejayaan menulis buku yang kelima. Semoga meletup - jadi buka kegemaran anak anak kita.

Sayang di sini tak dapat nak beli.....hehehehe.
Kena tunggu pulang ke malaysialah nampaknya.

Sekali lagi, tahniah daripada saya.
Salam untuk suami puan, sahabat lama saya satu sekolah itu...

PakPayne"

Terima kasih Pak Payne di atas ucapan..semoga saudara juga rajin menulis (suami saya menyatakan saudara memang penulis berbakat sejak zaman sekolah dahulu..) dan karya yang sedang diusahakan itu mendapat sambutan..Amin.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Encik Latib Talib (novel sejarah)

Terima kasih di atas ucapan...

Ya! Kita sama-sama cuba hadirkan diri di Pesta Buku Antarabangsa 2008 di PWTC nanti, Insya Allah.

Jumpa di Booth PTS, ya?

Wasalam

Umi Kalthum Ngah said...

Saudara bukusaat,

Terima kasih kerana mengunjungi..

Memang akan saya pautkan..sedang saya usahakan senarai blog yang bakal dipautkan...InsyaAllah..

Wasalam..

Ummi said...

Kak Umi, I have written my comment last nite but it went missing. I have bought your all your books except two (Dafodil untuk Insyirah-out of stock and Puteri Salsabila-not in store yet at MPH). Will be reading it over the weekend.My daughter said the cover of Puteri is inviting, she's looking forward to read it when it's available.

nurazzah8 said...

Salam Puam Ummi Khaltum,
lama sungguh tak dapat melayari blog kawan2...tugas hakiki sangat menuntut detik-detik yang berlalu...tapi hati ini meronta-ronta ingin meinggalkan jejak..baru petang ini kelapangan selepas pulang dari kelas... walaupun esok Ahad masih ada tugas yg perlu dibereskan di fakulti...

InsyaAllah ingin ketemu puan di Pesta buku nanti. Semoga Allah mempertemukan kita, InsyaAllah

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Ummi,

Thank you for your support. Hope your daughter will enjoy reading Puteri Salsabila when she get her hands on it!

Nurazzah,

Kerja pejabat kita itu memang tidak pernah selesai...Ya! Harap-harap kia ketemu semasa Pesta Buku Antarabangsa nanti,ya? Insya Allah..