Tuesday, January 8, 2008

Serba sedikit tentang Sentuhan Muttaqeen, buku kedua saya...

Keluarga bahagia adalah idaman setiap insan. Malah sebuah keluarga yang stabil adalah penting supaya anak-anak dijamin mendapat kasih sayang seimbang. Dengan ini, potensi dirinya dapat diperkembangkan dengan berkesan sekali.

Apakah yang akan berlaku sekiranya sebuah keluarga itu porak peranda? Sudah tentu yang menerima bahananya adalah kanak-kanak yang tidak berdosa. Ibu dan ayah tidak lagi tinggal serumah. Anak akan terasa kehilangan kasih. Akibatnya akan menimbulkan pelbagai kesan sampingan seperti memberontak, membuli di sekolah dan lain-lain lagi.

Buku kedua saya berjudul Sentuhan Muttaqeen ini menyorot kisah seorang anak yang menghadapi situasi keruntuhan rumah tangga.

Berbagai persoalan dan juga jawapan telah cuba dileraikan dalam buku ini. Sekiranya tidak ada jalan keluar dan perpisahan itu adalah satu-satunya jalan yang perlu diambil, maka bagaimanakah sikap yang harus ada pada seorang ayah atau ibu? Apakah perkara-perkara yang mungkin dapat menjadi faktor pendorong anak itu sehingga dapat dia kembali ‘stabil’? Apakah pula peranan ahli keluarga lain seperti si nenek? Di manakah pula peranan guru, rakan-rakan sekolah dan ahli masyarakat yang lain?

Ini adalah persoalan yang ingin disingkapkan dalam buku ini. Walaupun Sentuhan Mutaqeen diterbitkan dalam kategori kanak-kanak, adalah diharapkan supaya ibu ayah serta anggota masyarakat yang lain akan dapat juga manfaat dan kebaikan setelah membacanya...Insya Allah...

2 comments:

..::IsmIWafa::.. said...

Betul ke sebenarnya buku ni berkisar tentang seorang pelajar Hira' yang bernama Afiq bin Abdullah?..Saya dapat tahu cerita ni daripada abg saya

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Sdr. ismiwafa..

Terima kasih kerana bertanya...

Episod buku ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar anak lelaki saya sendiri bersekolah di Institusi Pendidikan Al Hidayah Ipoh (seperti al Hira', di bawah MUSLEH), ke MRSM Langkawi selepas PMR dan kemudian berpeluang ke Manchester melanjutkan pengajiannya ssetelah A-Level setahun di Kolej MARA Seremban...

Jalan cerita dan watak-watak buku ini sahaja adalah rekaan, tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati...dan watak utamanya adalah seorang kanak-kanak lelaki bernama Afiq bin Azam.

Wasalam...