Monday, January 14, 2008

Pertemuan adik beradik






Adik akan kembali semula ke Brighton, England. Dia akan berkhidmat di sana bermula bulan depan. Memandangkan saya dan kakak hanya akan dapat bertemu dengannya kembali (Insya Allah) hanya pada tahun depan, kami merancang untuk bertemu. Ada dua orang lagi adik-adik kami, seorang lagi lelaki di Shah Alam manakala seorang lagi perempuan, di Ipoh. Masing-masingnya sibuk menguruskan anak-anak mereka yang masih kecil. Kecuali kami, anak-anak sudah besar panjang. Memadai hanya kami bertiga buat kali ini..

Detik-detik seperti ini amat kami hargai. Terutama sekali setelah kedua ibu bapa kami telah lama pergi. Lalu kakak dan saya beserta suami kami yang tercinta (tanpa diringi anak-anak) dan juga seorang sahabat lama G.H. berfikir meluangkan waktu (dahulunya G.H. adalah tuan rumah yang biliknya disewai adik, kini dia dijagai adik lebih seperti seorang ayah). Orangnya sangat tangkas dan cergas, bagi seorang yang sudah memasuki usia lapan puluhan (nanti akan saya kongsikan cara dia menjaga kesihatan fizikal dan mentalnya dengan begitu rapi sekali. Dalam entri yang lain, insya Allah). Jumaat sesudah awal Muharram. Tiada kuliah! Bagus! Boleh sahaja diambil cuti. Dan kemudian, saya bersama suami berkereta ke Kuala Perlis, menuju ke suatu tempat di penjuru utara barat daya Malaysia, yang di situnya terdapat lebih 99 kepulauan….Pulau yang indah, pulau penuh lagenda...Langkawi.

No comments: