Tuesday, May 13, 2008

Cerita dari mulut si pemandu teksi...

“Sudah lama bawa teksi?” tanya cik abang saya kepada pemandu berkaca mata hitam, sebaik kereta sewanya memasuki ruang menunggu di pangsapuri yang kami menginap buat seketika.

“Sudah lama!” kata si pemandu berbangsa Melayu, mengangkat beg kami ke ruang belakang kereta.

“Padanlah sekejap sahaja sudah sampainya! Seingat saya baru sebentar tadi saya buat panggilan,” kata suami saya menundukkan badannya masuk ke perut kereta dan duduk di ruang sebelah pemandu.

Saya pula memang sudah sedia berada di tempat duduk belakang.

“Saya sudah mahir dengan selok belok jalan di pulau ini!” kata pemandu teksi, menarik pintu hadapan dan menekan minyak. Kereta sewa bergerak keluar ke jalan utama.

“Selain bawa teksi, buat apa lagi?” kata suami saya menyambung perbualan.

“Saya suka menonton filem. Bukan filem melayu, orang putih ataupun Hindustan. Tetapi filem Tamil!” pemandu teksi membalas, menyebabkan saya yang leka memandang ke luar tingkap, terus memalingkan kepala ke sebelah hadapan kereta manakala suami saya terdiam sejenak.

“Memang ramai yang terkejut apabila saya berkata begitu! Sebenarnya filem Tamil lebih bernilai kemasyarakatan. Ceritanya lebih mirip kepada apa yang berlaku di sekeliling dan berpijak di bumi nyata,” tawanya berjela dari balik kaca mata hitam yang melekap di wajahnya.

“Bagaimana begitu?” tanya suami saya, dahinya berkerut.

Saya turut teruja ingin tahu.

“Jalan ceritanya selalu berkisar kisah keperitan hidup rakyat biasa-biasa, watak hero selalu terpaksa melalui pelbagai rintangan apabila cuba membela nasib mereka yang miskin dan susah, pihak yang mementingkan diri sendiri akan membuat segala tipudaya, baling batu sembunyi tangan dan menganiayai hero. Kalau ada ahli politik, selalunya mereka berniat jahat, begitu berkuasa dan suka makan rasuah. Malah adakalanya sanggup membunuh atau mengupah pembunuh semata-mata mahu mempastikan cita-citanya dalam memegang tampuk kekuasaan itu tercapai ataupun terus kekal!”

“Begitukah!” kata suami saya terhangguk-hangguk.

“Ya! Filem Tamil membakar semangat menentang kezaliman dan memperjuangkan kebenaran!” kata pemandu teksi, tersenyum simpul mengangkat beg-beg kami ketika teksi yang dipandunya telah sampai ke jeti Kuah, Langkawi.

Saya telah dapat mempelajari sesuatu yang baru dari perbualan singkat antara kami pada waktu itu. Mungkin boleh sahaja cuba menonton satu atau dua filem Tamil sepertimana yang dikatakan si pemandu teksi itu…

8 comments:

Anonymous said...

Dah lama kak umi tak menulis.. ummi belum kesempatan menghabis kan novel2 kak ummi.

Anonymous said...

Salam Dr. Umi,

Cerita filem Tamil memang lebih terasa realistiknya berbanding dengan Hindustan dan sebagainya. Namun, yang tak tahannya, bila mereka2 bercakap ... riuhnya! Kalau mute kan TV, jd tak best pulak ... tapi certia Tamil yang paling saya tonton dan ingat ialah "Padaiyappa" ...

Cerita "Jeans" lakonan Aishwarya tu pun, saya tengok versi tamil dahulu ...

tapi, rasanya sekarang cerita tamil dah makin hebat -- tengoklah, semua yg ditayangkn di Msia ni, dapat memecahkan kotak pejabat ... dasat!

Anonymous said...

Asalamualaikum, Puan Umi.

Teruskan menulis novel PhD itu!

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Puan Ummi365..

Ya! Lama tidak mendengar khabar puan! Saya pun sibuk menguruskan manuskrip peperiksaan semester dua dan hal bersangkutan..Selepas ini melawat pelajar dalam latihan industri..Kerja memang tidak pernah selesai!

Terima kasih berkunjung ke sini, ya?

Anonymous said...

Waalaikumussalam, Cik Fisha...

Terima kasih berkunjung ke sini..

Seorang lagi peminat cerita Tamil rupanya!

Nantilah..jika ada masa terluang, mahu tinjau betulkah bagus seperti yang pemandu teksi dan Cik Fisha katakan itu..

Mana tahu? Dapat ide bikin karya baru?

Umi Kalthum Ngah said...

Maaf Cik Fisha,

Saya silap terletak nama Cik Fisha dalam balasan respon saya...

Memang begitulah orang seperti saya...kadang-kadang fikir benda lain, buat benda lain...

Maaf sekali lagi..

Umi Kalthum Ngah said...

Waalaikumussalam, Puan Ainon...

Moga Puan Sifu dirahmati Allah selalu..

Pen merah menyemak kertas sudah diletak pada tempatnya semula. Sedang ambil semula pen biru yang digantung buat sementara.

Masuk gear satu semula, Insya Allah..moga cepat masuk ke gear 5!

Terima kasih mengingatkan saya..

Anonymous said...

small matter ...

nak letak nama saya jadi karya pun saya rela ... auww!

Hehehe ..

Have a nice day!