Ketika mentari mula menyembamkan wajah kuyunya
Di balik ufuk sana…
Dan Ramadhan pun sedang berlalu pergi…
Mohon izin mengundur diri,
Seharusnya setiap insan menguntumkan
Di bibirnya sebuah senyuman...
Betapa tidak?
Dirinya sudah seperti seorang bayi
Yang baru lahir menjenguk bumi..
Namun…Ada yang masih berduka
Sedikit rasa lara…
Kerana rindunya pada Ramadhan telah terasa…
Mungkinkah nanti dapat bersua?
Bimbang usia tidak kesampaian…
Moga dipanjangkan umur menjangkaui tahun hadapan.
~NeenaUmi~
29 Ramadhan 1429
Di kesempatan ini, saya ucapkan selamat menyambut Eidul Fitri kepada semua. Semoga diterima segala amalan berpuasa dan ibadah kita di sepanjang Ramadhan yang lalu…Amin..
Maaf Zahir dan Batin…
(Foto-foto diambil di puncak Gunung Matcincang, Langkawi, 700 meter di atas paras laut, menghala ke sempadan pulau di sebelah negara Thai; saat-saat sang suria mengucapkan selamat malam…tanggal 2 Mei 2008)
2 comments:
salam,
Selamat Hari Raya. Terima Kasih kerana berkunjung ke blog saya. Saya macam kenal dengan puan, rasa-rasa saya kenal. ehm, kalau tidak silap saya, ada salah satu program untuk wanita jim dibuat di ibu pejabat jim kat penang, puan dijenput untuk menjadi penceramahnya ehm, kalau tidak silap sesuatu yang berkaitan ketrampilan wanita, harap-harap saya tidak silap orang :).
Umi,
Moga Umi mendapat banyak ganjaran di Ramadan yang lalu dan melalui Syawal dengan semangat yang sama.
Dah sms ke you. Kalau mai Kelantan, how about buat a creative writing workshop?
Post a Comment