Monday, August 31, 2009

Erti sebenar kemerdekaan…

Merdeka bukannya terbatas kepada bebas dari penjajahan secara fizikal malah menjangkaui batas pemikiran dan rohani. Sebagai umat Islam, apakah seseorang atau bangsa itu dikira merdeka sekiranya masih mengagungkan sesuatu yang bukan bersumberkan Al Quran dan Hadis. Iaitu baik dari pengaruh barat mahupun terbelenggu dengan anggapan yang sesuatu dari timur itu seharusnya dijadikan ikutan? Segala yang dari barat dikategori sebagai bagus mahupun perkara yang berkaitan dengan sesuatu adat dan ketuanan sesuatu bangsa maka menghalalkan seseorang itu melakukan perkara sewenang-wenangnya? Sehingga menyebabkan seseorang itu menolak kebenaran dan berlaku zalim terhadap orang lain?

Rasulullah s.a.w berjaya membentuk sebuah masyarakat Islam yang unggul dan menjadi tuan kepada masyarakat-masyarakat yang bukan Islam di sekeliling Madinah, maka mengapa tidak generasi Islam masa kini menjadikannya sebagai neraca untuk membentuk masyarakat yang unggul dan disegani dalam segenap lapangan.

Kedatangan Islam bertujuan membebaskan manusia daripada penjajahan minda dan anggapan. Perhatikan jawapan Ruba’ei bin Umair ketika berhadapan dengan Rustam, panglima perang Rum yang digeruni oleh pihak lawan dan rakan. Rustam telah bertanya kepada Ruba’ei, “Mengapa engkau datang kepada kami?”

Maka jawab Ruba’ei, “Kami datang untuk mengeluarkan manusia daripada menjadi hamba sesama manusia kepada menjadi hamba kepada Allah, dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid dan mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.”

Tatkala manusia tunduk patuh hanya kepada Allah Yang Maha Penciptanya semata-mata, maka ketika itulah seseorang itu memiliki jiwa kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya…

Wallahualam..

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-52!

Entri dicuplik daripada sini hasil tulisan Hasnan bin Kassan dan Ramadhan di Ambang Merdeka

4 comments:

Abang Long said...

Mereka menjerit. Mereka kibarkan bendera. Mereka bakar bunga api. Bila selesai, balik rumah TIDUR.

Umat yang MERDEKA ialah umat yang bebas dari isme dan pemikiran manusia yang jahil.

Jadilah umat yang menyembah 1 Tuhan. 1 Aqidah. 1 Syariat.

Encik Yamin said...

Negara merdeka, jiwa terjajah..

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Abang Long,

Ya! Saya setuju 100% dengan kata-kata Saudara.

Syariat perlu didaulatkan. Kita doakan hasrat ini tercapai menjelang 2020...Amin

Umi Kalthum Ngah said...

Saudara Pak Lang Biotik,

Sama-sama kita berdoa semoga kita dapat memerdekakan jiwa kita....Amin

Usaha itu perlu dan di atas diri kita sendiri...mahu ataupun tidak mahu...