Kira-kira dua tahun sesudah itu, saya sedang sibuk dengan urusan surat menyurat dan balas membalas emel dengan peserta ke persidangan antarabangsa yang bakal menjelang. Ketika itu, kampus telahpun beralih tempat. Kampus baru di Seberang Perai Selatan, yang dahulunya dikenali sebagai Estet Kelapa Sawit Transkrian.
Secara tiba-tiba sahaja, lampu pada fon genggam menyala, menandakan ada mesej sedang masuk. Tertera pada layar, “Perlu sangat berjumpa Puan, bolehkah? Sedang dalam perjalanan ke sana…”
Jari-jari saya mengirim balas, “Sudah tentu! Saya di bilik Sekretariat ROVISP, tingkat satu.”
Beberapa jam kemudian, diapun sampai, tersenyum lebar dan tercungap-cungap.
“Ya! *****! Kali ini, apa sangat yang mustahak itu, ya?” kata saya, perlahan-perlahan mengalihkan tumpuan pandangan dari layar komputer sebaik dia melangkah masuk ke pintu pejabat.
“Sebentar, ya Puan! Saya mahu ambil nafas terlebih dahulu!” katanya, nafasnya tersekat-sekat.
“Apa awak berlari sepanjang perjalanan tadi?” tanya saya berseloroh.
Dia menggelengkan kepalanya dan tunduk ke lantai buat beberapa ketika.
Saya pun menunggu...
Setelah nafasnya kembali lega, diapun berkata, “Saya menunggang motosikal. Terima kasih kerana menunggu kedatangan saya. Saya mahu mohon bantuan Puan menjadi referee saya.”
“Bagus begitu!” kata saya menyambut helaian kertas yang dihulurkan kepada saya.
Tugas referee memang telah biasa saya lakukan. Sudah berapa ramai bekas pelajar saya yang datang semula bagi mendapatkan surat sokongan; sambung belajar, permohonan kerja, biasiswa…Saya tidak keberatan. Sudah menjadi sebahagian daripada tugas saya.
“Awak mahu melanjutkan pengajian lagi? Sangat bagus!” kata saya, tersenyum gembira.

”Ya! Bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Khabarnya, sesetengah perusahaan industri sedang beralih tempat, kebanyakannya ke negeri Cina. Siapa tahu? Saya sedang bersiap sedia.”
“Mengapa awak beranggapan syarikat yang awak kerja sekarang akan melakukan perkara yang sama?” saya bertanya, senyuman di wajah sudah menghilang, digantikan dengan kerutan di dahi.
“Jawatan saya sendiri telah bertukar daripada jurutera kepada pembantu teknikal baru beberapa bulan sudah. Gaji saya juga telah dipotong. Pihak pengurusan memberitahu mereka perlu menurunkan kos dan langkah berjimat cermat.”
“Begitu sekali?” saya begitu risau sekali.
“Tidak mengapa Puan! Masih ingatkah Puan lagi? Suatu masa dahulu, Puan pernah berkata kepada saya tentang betapa perlunya seseorang itu memikirkan tentang mencari tempat berpaut apabila banjir melanda secara tiba-tiba?”
Saya lantas terdiam.
“Saya sedang belajar menyesuaikan diri dan keadaan saya tidaklah seteruk sesetengah rakan saya. Ada yang telah diberhentikan kerja. Saya bermotosikal dari rumah ke rumah, setelah selesai waktu kerja, memberi tuisyen kepada budak-budak. Dan sesi-sesi tuisyen itu sangat menggembirakan hati saya!”
“Baik! Tinggalkan sahaja borang-borang ini di sini. Akan saya poskan kepada Institut Pengajian Siswazah kampus induk esok hari!” kata saya.
Kami berbual lagi buat seketika. Membuka cerita lama. Terutama sekali perkara yang menyentuh episod hidup ***** yang penuh dengan cabaran, semasa pengajian ijazah pertamanya di kampus Tronoh, beberapa tahun yang lalu….
(...bersambung....)
2 comments:
Kak Ummi..sebagaimana yg lain saya juga sdg cuba membaca dgn tekun kisah yg penuh pengajaran ini, walaupun mata dah ngantuk sgt ni..bnyk pengajaran ttng ketekunan, kekuatan, ketabahan, kesabaran keyakinan dan mcm2 lagi. Membuatkan saya terfikir ttng perjuangan yg brmcm2 yang Allah sediakan untuk manusia melaluinya dengan hati yang sedar dan hidup.
Moga Allah kurniakan kita dgn segala kekuatan dan kesabaran.
di Permatang pauh
Assalamualaikum warahmatullah,
Ummu Asiah,
Terima kasih kerana menjadi salah seorang yang membaca dengan tekun secebis kisah sebagai teladan dan renungan...
Hidup di dunia akan lebih bererti sekiranya kita sama-sama berada dalam barisan perjuangan...
Semoga Allah mengurniakan pengakhiran yang baik dan kemenangan kepada orang-orang yang senantiasa memperjuangkan diri mereka secara bermati-matian bagi memenangkan agamaNya, di mana juga beradanya mereka itu di muka bumi ini...Amin Ya Rabbul Alamin...
Wasalam...
Post a Comment