Selasa, 7hb Julai
8.00 pagi.
Sedang saya bersiap bagi kuliah pukul 9 pagi, fon tiba-tiba berdering.
“Mak! Nusaybah telah dibawa masuk ke wad bersalin,” kata menantu saya.
“Doa mak bersama kamu berdua,” kata saya. Hati sedikit cuak.
9.50 pagi.
Anak mata asyik terpandang wajah persegi di pergelangan tangan. Lantaran, saya terus sahaja bersuara, “Dengar sini semua! Saya akan tinggalkan semua bahan-bahan yang telah kita lalui pada hari ini dan juga beberapa bahan tambahan dalam bentuk sofkopi. Sesi kita pada hari ini dikira selesai. Saya perlu berada di tempat lain. Kita jumpa Khamis petang nanti, ya?”
Kerut pada wajah-wajah yang tertumpu ke arah saya.
“Baiklah!” Saya memetik jari, kemudian meletakkan tangan saya di atas permukaan meja, “Anak saya sekarang ini sedang menunggu saat mahu bersalin. Yang kedua. Saya perlu bergegas ke Kuala Lumpur. Saya harap kamu semua faham.”
11.00 pagi.
Saya dan teman sudah berada di lebuh raya ke arah selatan. Bibir saya basah memanjatkan doa kepadaNya supaya memudahkan segala-galanya. Malam-malam kebelakangan yang berlalu penuh dengan munajat dan pengharapan.
1.37 petang. Kawasan Rehat dan Rawat, Tapah
Panggilan lagi, “Mak! Mak sudah punya cucu lelaki! Tepat sejam yang lalu..”
“Alhamdulillah!” Gerimis tiba-tiba merayap pada kelopak mata. Pandangan kabur beralih pada orang di sebelah yang sedang memegang stering kereta lalu senyuman dilemparkan kepadanya seraya mengangguk.
Wajahnya keliru. Kemudian, senyumannya pula melebar ketika dia menepuk bahu saya dan memicit jari-jari saya ini. Kami kembali berkereta, debaran hati selaju roda kereta yang merentas lebuh raya.

Wajah-wajah disinari cahaya. Senyuman melata.
“Semoga selamat semuanya!” beg-beg melayang ke tengah belakang. Bunyi kerusi ditarik-tarik.
“Tahniah Prof!” kata-kata ucapan dari wajah-wajah menyeringai.
“Terima kasih!” saya membalas.
“Semoga selamat semuanya!” beg-beg melayang ke tengah belakang. Bunyi kerusi ditarik-tarik.
“Tahniah Prof!” kata-kata ucapan dari wajah-wajah menyeringai.
“Terima kasih!” saya membalas.
11.00 pagi.
Saya dan teman sudah berada di lebuh raya ke arah selatan. Bibir saya basah memanjatkan doa kepadaNya supaya memudahkan segala-galanya. Malam-malam kebelakangan yang berlalu penuh dengan munajat dan pengharapan.
1.37 petang. Kawasan Rehat dan Rawat, Tapah
“Alhamdulillah!” Gerimis tiba-tiba merayap pada kelopak mata. Pandangan kabur beralih pada orang di sebelah yang sedang memegang stering kereta lalu senyuman dilemparkan kepadanya seraya mengangguk.
Wajahnya keliru. Kemudian, senyumannya pula melebar ketika dia menepuk bahu saya dan memicit jari-jari saya ini. Kami kembali berkereta, debaran hati selaju roda kereta yang merentas lebuh raya.
3.00 petang
Walaubagaimanapun, kami tidak dapat melihat mahupun memeluk ahli keluarga kami yang baru itu.
“Dia perlu diletak bawah jagaan rapi buat malam ini. Namun tidak perlu dirisaukan, hanya langkah berjaga-jaga,” kata Dato’ Dr. Musa Mohd. Nordin, pakar kanak-kanak yang juga adalah sahabat lama kami ketika sedang belajar di United Kingdom, lebih 30 tahun yang lalu.
“Buat beberapa minit, senyap sahaja dia sewaktu mula-mula keluar ke dunia. Saya sudah mula risau. Tetapi, matanya tiba-tiba terbuka. Ini gambarnya!” kata si ayah.
Menantu saya itu dengan bangganya, menunjukkan kami sekeping gambar yang sempat dirakamnya beberapa saat pertama sewaktu cucu baru kami itu lahir ke dunia.
Saya belum pernah berasa begitu bertuah dan bersyukur. Satu lagi anugerah dari Yang Maha Esa.

Selamat datang, Ameer Ihsan! Semoga Allah memberkatimu dan dikau membesar sebagai Muslim sejati serta bakal pembela agama…Amin Ya Rabbul Alamin.
26 comments:
Assalamualaikum
Tahniah Puan.
harapnya semua dipermudahkan oleh ALLAH. Ameen
Tahniah Kak Umi sekeluarga!
Yahanis
Ipoh, Perak
Salam Kak Ummi,
Tahniah berganda...Alhamdulillah semua selamat.
dan saya juga ucapkan tahniah kerana nama kak Ummi termasuk dalam senarai 30 penulis PTS yang mendapat royalti tertinggi 2008 (walaupun nama kak Ummi yg ke-30, tapi tetap termasuk dalam senarai)!!! - rujuk blog Pak Latip (penulis novel sejarah Islam tersohor tanah air)
Nurazzah8
tahniah... teringat waktu saya sambut kelahiran anak pertama.
View Profile: Rantong™
http://permaikasturi-caststory.blogspot.com/
Tahniah. Kak Umi dapat cucu baru. Muga menjadi penyejuk mata dan imam muttaqin
Alhamdulillah dan tahniah neena umi. Moga menjadi pewaris dakwah kita.
Terima kasih atas komen puan didalam blog sy. Sy terkejut, terharu dan gembira. Anak sy tak berhenti2 bercerita pada saya ttg buku seungu lavender pada saya...
Assalamualaikum Pn.
Di doakan semoga sihat hendaknya. Tahniah atas kurniaan seorang cucu lelaki. Semoga dia bakal menjadi insan yang soleh.Amin
Tahniah juga di atas kejayaan Puan yang tersenarai sebagai 30 org penulis yang mendapat royalti tertinggi untuk tahun 2008. Semoga rezeki ini menambahkan keceriaan hidup puan.
Salam, tahniah mc umi atas kelahiran cucu baru!
Salam.. bila buku terbaru makcik umi akan keluar? Ana baru bermula untuk menulis. Ana ada postkan di blog ana.
Jika tidak keberatan, mohon makcik umi membari komen pada bahagian epilog novel yang ana tulis.. tajuknya Momenta.. tahniah juga atas kelahiran mujahid baru.. Syukran jazilan~
Mumtazah,
Waalaikumussalam warahmatullah,
Terima kasih di atas ucapan dan doa..saya amat menghargainya..
Saudara Yahanis,
Terima kasih di atas ingatan dan ucapan...
Puan Nurazzah8,
Terima kasih di atas ucapan..saya sendiri tidak tahu menahu perkara itu sehinggalah kawan sepejabat memberitahu dan juga mesej Puan ini.
Terima kasih atas maklumat..moga Puan juga bakal menjadi penulis...
Puan/(Tuan?) Rantong,
Ya! Pasti nostalgik, ya? Kenangan mengusik jiwa...
Dear Yati,
Terima kasih di atas ucapan dan doa...
Nenek Bihah,
Terima kasih juga atas ucapan dan doa itu..memang itu harapan kita semua...Amin..
Umie-Ina,
Terima kasih di atas kunjungan balas. Saya suka mencari komen dari pembaca (remaja dan ibu ayah) mengenai buku-buku tulisan saya..Amat menghargainya..
Terima kasih di atas sokongan hasil penulisan saya, ya?
Puan Rafidah Basri,
Terima kasih sudi meninggalkan jejak. Juga ucapan dan doa itu..Harap Puan sihat wal'afiat.
Saya tidak pernah mimpi berada dalam senarai apa-apa sebab menulispun sebab suka-suka. Namun rezeki daripada Allah, kita harus mensyukurinya dan menjadikannya bonus bagi meneruskan usaha...
Faiz,
Assalamualaikum,
Terima kasih di atas doa itu...Moga Faiz juga dapat cahayamata selanjutnya...mahligai berkekalan hingga ke anak cucu...Amin..
Saudara lil Biruny,
Terima kasih di atas ucapan. Bagus! Teruskan usaha...
Nanti saya kelapangan, akan saya tinggalkan komen...Insya Allah...
Assalamualaikum Puan,
Tahniah di atas kehadiran orang baru. Semakin meriah ya ahli keluarga raya nii.
Semoga semuanya sejahtera selalu.
Salam Prof Ummi.
Sekalung tahniah buat prof kerana telah mendapat cucu yang baru.
Sallikin,
EEE449 - Comp Network Student
Salam Puan Umi,
Tahniah dan syukur kepada Allah kerana mendapat cucu baru.
Saudara Kassim Selamat,
Terima kasih di atas ucapan...
Semoga Tuan juga sihat wal'afiat serta dikurniai cucu tambahan tidak lama lagi...Amin..
Nikillas,
Terima kasih di atas ucapan...
Terima kasih juga sudi meninggalkan jejak di sini...
Moga seronok semasa berada dalam kuliah saya, ya?
Dr. Bubbles,
Terima kasih....
Dr.Bubbles...bila agaknya ya? Mahu merasa makan nasi minyak?
Jangan marah, saya bertanya...
Wasalam...
Post a Comment