Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H kepada semua…
Maaf Zahir dan Batin.
Semoga segala amalan kita diterimaNya dan dapat pula bertemu pada Ramadhan tahun hadapan, Insya Allah…
PS. Suasana sudah sunyi dan sepi. Tiada lagi hiruk pikuk, tawa dan sekali sekala suara sedu sedan si kecil Ameer Ihsan serta bebelan kakaknya Nuha Insyirah, si mulut becok (mereka berangkat ke selatan, berhari raya dengan keluarga sebelah ayah mereka selesai asar hari raya pertama semalam, setelah menghabiskan beberapa hari terakhir Ramadhan bersama kami). Lalu saya dan suami tercinta terus memulakan puasa enam – jika tidak dimulakan, pasti tertangguh-tangguh. Bukankah perkara yang baik itu mesti disegerakan? Setuju?
14 comments:
salam kak umi.. bertuahnya akak.. punya anak sepasang.. cucu pun sepasang.. pasti sedih bila cucu berangkat ke selatan kan. Tapi takpe, tak lama lagi, boleh bertemu semula..
Selamat Hari Raya Kak..
salam...Selamat HariRaya Ummi Kalthum dan Ir Pian...bahagia nampak keluarga di hari raya....Tema Putih...sejernih biasan embun..
:-)
Neeza,
Memang terasa sedih juga...tetapi pasti kami akan ke Kuala Lumpur selalu...Penat berkereta, kami berkereta api sahaja...Maklumlah, faktor usia...bawa kereta sedikit,'cik abe' dah mengantuk..
Selamat Hari Raya juga diucapkan kepada Neeza sekeluarga di sana...
Bagaimana agaknya suasana raya di negeri orang?
Wasalam..
Pak Payne,
Lama tidak ke sini...Terima kasih kerana sudi kali ini...
Selalunya kami tidak bertema, tetapi sejak bermenantu, mereka sekeluarga yang menentukan 'warna tema' setiap tahun. Pakaian pun mereka yang belikan..Alhamdulillah...
Seangkatan kita ini 'old school' - apa-apa sahajapun boleh. Tetapi dek kerana mereka yang bersungguh, kita turutkanlah sahaja...
Saudara masih di Dubai nampaknya...Semoga Saudara juga bergembira dengan keluarga di Syawal yang mulia ini...Amin
Salam Neena Umi...
Segak, bergaya & ceria semua ahli keluarga Kak Umi bagi menzahirkan kebahagiaan jiwa di hari lebaran, alhamdulillah.
Terima kasih di atas sokongan berterusan dan penghargaan kepada blogger novis seperti Yatty...
chomp..chomp.."The Cookies Monster"
Mohon Maaf di atas terlanjur kata dan tindakan Yatty selama ini.
Raya Jangan Tak Raya, weh!
Salam Lebaran.
SELAMAT HARI RAYA.
Jangan lupa malam ini ... di Blog Abang Long :)
salam umi...
seronok saya menatap foto famili umi~
semoga bahagia di dunia hingga syurga ya umi~
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin buat akak dan family . Baru ni raya ke 3 kami ke Meru Heights rumah abang ipar tapi nampak rumah akak macam bertutup tak de orang .
Apapun cantiklah warna tema baju raya akak sekeluarga , saya suka warnanya, tenang je.
Cik Hajjah Yati,
Alhamdulillah...Allah memberi kesempatan beraya bersama keluarga.
Cik Yati, beraya di Teluk Intan?
Sama-sama kita bermaaf-maafan.
Sdr. Abang Long...
Apa agaknya yang menunggu di blog Abang Long, ya
Apapun, Selamat Hari Raya kembali kepada Saudara sekeluarga...
Wasalam.
Cik Aishah,
Terima kasih datang berkunjung dan meninggalkan jejak.
Alhamdulillah, dapat bergambar sekeluarga di pagi raya serta diberikanNya kesihatan tubuh badan.
Saya pun telah tinggalkan jejak di blog Cik Aishah
Puan Sarina,
Mohon ampun dan maaf banyak-banyak, kemungkinan semasa Puan melintasi rumah saya itu, kami keluar beraya.
Sudi kirimkan emel kepada umikalth@yahoo.co.uk sekiranya muncul semula ke Meru Heights, Ipoh, ya?
Terlupa nak komen sesuatu.
Terasa sejuk mata memandang kepada keluarga Puan. Orang tua - tua berkata, kalau kita pandang seseorang itu, hati kita merasa tenang, maknanya orang itu mendapat RAHMAT dan KASIH SAYANG serta KEREDHAAN ALLAH. AMIN
Abang Long,
Segala Pujian adalah milik Allah.
Walaubagaimanapun, terima kasih di atas kata-kata penenang itu...
Sama kita berdoa semoga Allah terus memberkati keluarga kita dan memelihara kasih sayang sebagai tali pengikat di antara ahli keluarga kita, Amin...
Post a Comment