“Awal pagi ini?” kata orang tua itu dalam loghat Kelantannya yang pekat. Dia menarik-narik lapisan dan lipatan kotak tebal yang telah dileperkan dan dijadikan penutup pada cermin kereta saya.
“Ya! Saya perlu ke kampus awal hari ini. Ada temu janji,” kata saya, melemparkan senyuman lebar dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Tidak mengapa. Sengaja saya tutupkan cermin kereta begini. Supaya setiap pagi nanti, tidaklah panas dalam kereta semasa Cik Puan memasukinya apabila matahari mula meninggi atas kepala,” katanya, membalas senyuman saya.
Setiap pagi, itulah kerja orang tua pemilik rumah tumpangan itu. Malam sebelum itu, bersusah payah dia akan menutup cermin kereta saya dan membukanya pula pada waktu pagi sebaik saya mahu memasuki kereta. Lokasi perniagaannya yang terletak dalam suasana kampung, di belakang Sekolah Kebangsaan Langgar, seberang jalan Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.
Saya pula, perlu menginap di situ tatkala dalam proses mengumpul data dan juga fasa menguji perisian bagi kajian projek ijazah kedoktoran saya di USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian ketika itu. Menginap pula bukan semalam dua, tetapi berminggu-minggu. Sekiranya tinggal di hotel lima bintang masakan saya mampu. Itupun, syukur Alhamdulillah, urusan penginapan ditampung oleh wang geran penyelidikan saya yang telah tinggal saki baki sahaja itu.
Tiga tahun telah berlalu. Saya dijemput mengendalikan suatu bengkel penulisan di KB. Warong cakoi pandan di sudut lorong keluar menuju ke jalan besar masih ada di tempat yang sama. Dan kedai makan tempat saya selalu makan malam juga masih seperti dahulu Tatkala saya melewati tempat itu sekali lagi, hati saya terkenangkan budi baik orang tua yang prihatin itu. Lalu, saya singgah sejenak mahu bertanya khabar. Namun, tuanpunya rumah tumpangan itu tiada di situ. Dan sudah ada pembaharuan. Sudah ada perkhidmatan wi-fi percuma!
Semoga perniagaan orang tua yang baik hati itu akan berterusan dan bertambah maju....Amin.
2 comments:
Salam buat Puan Umi..
Saya mengikuti blog Dr Hasanah agak lama jgk since my best friend disahkan breast cancer pada stage IV dan saya selalu baca komen Puan Umi dlm blog DR Hasanah dan jugak mengagak Puan Umi lecturer USM. Hari ni baru saya bukak blog puan Umi. Actually saya pun ex-student USM cuma tak berkesempatan menuntut ilmu dr puan. Di sini saya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang herbal yg puan Umi sarankan pada Dr Hasanah utk saya berkongsi dgn sahabat saya itu.
Terima kasih puan Umi....
Assalamualaikum warahmatullah Anonymous...
Anda dari Kampus Kejuruteraan? Jika di Pusat Pengajian Kej. Elektrik & Elektronik, ataupun Pusat Pengajian Mekanik, Awam atau Aeroangkasa, maka mungkin pernah mengikuti kuliah saya dalam Pengaturcaraan.
Walaubagaimanapun, saya jangka anda mesti sudah bekerja. Dan simpati saya pada sahabat anda itu..
Saya amalkan minum Jiaogulan Tea (cuba cari dalam internet akan khasiatnya...sungguh banyaknya, Masya Allah!) Boleh dibeli di kedai ubat.
Wallahualam..
Wasalam
Post a Comment