“Awak pernah dengar nama penulis Beatrix Potter?” kata wanita Inggeris itu lagi dengan penuh semangat.
“Ya! Saya amat sukakan buku-bukunya. Yang ditulis untuk kanak-kanak. Lukisan dalam buku, hasil tangannya sendiri itu juga menakjubkan!” kata saya.
“Ya! Dialah wanita yang saya maksudkan itu. Perjalanan hidupnya yang penuh dengan cabaran telah akhirnya membawanya kepada suatu titik permulaan.”
“Titik permulaan?” kata saya kehairanan.
“Ya! Sesuatu berlaku dalam hidupnya sehingga dia mengambil keputusan menyendiri di kawasan Lake District yang masyhur hingga kini itu!”
“Apa yang dilakukannya?” kata saya, memusingkan badan saya supaya dapat melihat wajah wanita Inggeris itu.
“Dia menurut kata hatinya, berpindah dan membeli sebuah kediaman yang dikenali sebagai Hill Top di Lake District itu. Kemudian, disebabkan kawasan itu semakin diancam pihak yang mahu melaksanakan industri berat dengan rakus sekali, dia melibatkan dirinya secara aktif dalam mesyuarat masyarakat setempat. Baru dia tahu yang kehidupan para petani miskin yang mengusahakan ladang dan pertanian di kawasan itu semakin terhimpit hari demi hari. Lalu Potter mengambil keputusan membeli kawasan sekitar tasik itu dan menggajikan para petani supaya mereka dapat terus mengerjakan usaha perladangan.”
“Sungguh mulia hatinya,” kata saya.
“Ya! Dia membeli sekitar lebih daripada 4,000 ekar tanah dengan wang royalti jualan buku-bukunya. Apabila dia meninggal dunia, dia telah mengamanahkan segala kutipan royaltinya supaya diuruskan National Trust, badan sukarela memulihara kawasan sekitar U.K., khusus bagi melestarikan kawasan Lake District itu. Sehingga kini,” kata wanita Inggeris di sebelah saya.
“Tidak hairanlah Lake District masih terpelihara keadaan semula jadinya dan menjadi tempat tarikan pelancong sehingga ke hari ini.”
“Tepat sekali! Pergilah awak menonton filem Miss Potter. Filem yang mengisahkan riwayat hidupnya!”
Saya termenung seketika. Tidak pernah saya bayangkan, melalui wang royalti penulisan buku, seorang wanita telah berbudi pada alam sekitar, satu kawasan bumi telah terpelihara dari dicemar. Buat tatapan dan dinikmati generasi turun temurun.
DVD Miss Porter telah sempat saya perolehi tatkala saya bercuti sabatikal tahun itu. Kata-kata Miss Porter ini amat terkesan di hati. Ingin sekali saya kongsikan di sini:
“Seakan terasa suatu kelazatan, tika mata pena baru mengalirkan tintanya, dalam binaan ayat-ayat bagi bermulanya sebuah kisah. Kita tidak tahu ke arah mana kita akan dibawa pergi. Namun bagi diri ini, ia membawa saya ke sebuah daerah, iaitu ke sini. Di sini, hati ini telah tertambat.”
~Beatrix Potter~ (1866-1943)
(dipetik dari filem ‘Miss Potter‘)

(Imej pertama telah diambil dari sini.)
No comments:
Post a Comment