Tuesday, May 5, 2009

Ibu Madrasah Pertamaku: Projek buku ketiga Wanita JIM:

Ini adalah muka depan buku bagi projek ketiga hasil usaha Wanita JIM (Jamaah Islah Malaysia) Pusat. Projek buku pertama dalam tahun 2003 adalah “Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung” diikuti dengan “Mengapa Saya Bekerja” pada tahun sudah iaitu 2008.

Artikel yang dimuatkan dalam buku ini adalah hasil penulisan 24 orang penulis ahli JIM (lelaki dan wanita) mengenai ibu masing-masing. Ibu yang tidak semestinya sempurna namun dalam ketidaksempurnaan mereka itu telah dapat menyuntik perangsang dan semangat mendidik anak masing-masing sehingga kami menjadi kami pada hari ini. Bahan bacaan ini akan dapat menjadi panduan bagi bakal ibu, peringatan bagi ibu yang sedia ada, juga pengubat hati, penawar duka, penyejuk jiwa bagi pembaca umum.

Saya turut menyumbang satu artikel dalam buku ini mengenai Almarhum ibu saya sendiri. Ibu erkahwin pada usia semuda 14 tahun. Bagaimana dia yang buta huruf (kami adik beradikpun tidak mengetahui perkara ini sehingga kami sendiri tersedar tatkala tahu membaca ketika di alam persekolahan, ayah menyuruh kami menemankannya ke sekolah dewasa) disebabkan keadaan tidak mengizinkannya bersekolah. Dihimpit kesukaran hidup lantaran membesar sebagai anak yatim piatu dan dibela orang kampung secara bergilir satu keluarga dan keluarga yang lain ke sana ke mari. Dia yang bersusah payah membesarkan kami adik beradik. Namun dengan semangat waja dan kegigihannya yang tidak tahu apa itu erti putus asa dan suka mencuba sesuatu yang baru serta menyahut segala cabaran, telah berjaya mendidik kami. Dia yang pandai menjahit pakaian kami dan juga masyarakat setempat, mengingati pelbagai masakan dalam mindanya dan menyediakan hidangan lazat-lazat, mengusahakan perniagaan kecil-kecilannya bagi menambah pendapatan keluarga serta seribu satu perkara lagi. Sedikit sebanyak, peribadinya ini telah terkesan pada diri saya sendiri. Sikap ibu itu telah tumbuh dan menular dalam diri, menyebabkan saya sendiri suka meneroka perkara-perkara baru.

Setiap ibu pasti ada keistimewaan mereka masing-masing. Ibu dan ayah anda mesti dihargai sementara mereka masih di depan mata. Ketika mereka telah tiada, panjatkan doa bagi mereka.

Semoga amalan baik mereka diterimaNya dan ditempatkan mereka bersama orang yang mengerjakan amal solih...Amin, Ya Rabbul Alamin.

PS. Hari ini adalah hari istimewa bagi kami. Teman setia saya, Ir. Haji Mohd. Sofian Ahmad, yang sentiasa menjadi pendorong, pembantu dalam apa juga penglibatan dan usaha saya, berusia genap 52 tahun….Si kecil Nuha Insyirah sudah menghadiahkan kepadanya pada hujung minggu baru-baru ini, sebuah pelukan hangat dan dua buah kucupan di pipi kanan dan kiri serta sebuah kad comel bertulis, “Selamat Hari Jadi, Tok Wan!”.

24 comments:

ummi said...

Assalamualaikum.

InshaAllah ana akn beli buku yg ditulis oleh Dr. Umi..Penulisan dr. amat menarik!Selamat meneruskn p'juangan

Umi Kalthum Ngah said...

Waalaikumussalam ummi,

Terima kasih di atas sokongan..Jemput datang lagi ke sini, ya?

PakMok said...

Salam Puan,

Saya ingin membeli "Jadi, Anda Ingin Menulis". Puas saya menjelajah, namun sukar mendapatkanya.

Boleh puan bantu?

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Sdr Pak Mok.

Terima kasih sudi ke sini.

Jemput hubungi Sdr. Wan Mohd. Zukri 012 320 3434 atau Sdr. Wan Am 012 6615745 bagi mendapatkan bekalan buku, ya?

PakMok said...

Salam,

rupa-rupanya saya telah menyinggahi laman blog yang power, memberi kesan dan bait-bait ayat yang berseni dan memanggil jejari untuk meletakkan "bookmark" padanya. Satu anugerah...

Umi Kalthum Ngah said...

Sdr Pak Mok.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah..

PakMok said...

Terima kasih puan...segera saya akan menghubunginya.

Anonymous said...

salam makcik umi,

insyaallah ada kesempatan nak menulis macam makcik dan join sama2 angkatan menulis makcik insyaallah :)

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Muharikah,

Ya! Tentu sekali dialu-alukan...

Agaknya bila habis belajar di Dundee itu, ya?

Wasalam

ThoybaMursyidah said...

Salam Prof.

Apa khabar?

Waduh, saya kegersangan ilham.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Thoyba.

Tenangkan hati dan relakskan diri. Ilham itu ada di mana-mana.

Tingkatkan pancaindera. Ingat pesanan saya semasa bengkel penulisan?

Umi Kalthum Ngah said...

Anakanda Thoyba terlalu banyak berfikir perkara berat-berat.

Fikir satu perkataan, buat ayat-ayat. Biar saja pena menari atas kertas.

Cari buku terbaru saya? Mudah-mudahan peroleh ide dan ilham…

ThoybaMurshidah said...

Salam prof, ya, ya. Tenangkan atma.

Terima kasih. Saya akan cuba menyelami apa yang terpatri di lubuk hati.

Syukran kasiran.

Adijeff said...

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana singgah di blog saya..

Tahniah kerana menghasilkan novel yang bagus untuk tatapan saya..

Harap agar saudari terus cemerlang dalam bidang ini..

Umi Kalthum Ngah said...

Waalaikumussalam,

Saudara Adijeff,

Terima kasih banyak-banyak kerana memberi 'review' buku saya Puteri Salsabila.

Saya amat menghargainya. Terima kasih juga kerana mendoakan dan memberi kata-kata semangat..

Ummu Mishkah said...

salam..
tahniah kerana memartabatkan dunia penulisan..

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Puan Ummumishkah,

Terima kasih kerana sudi menjenguk ke sini...

Terima kasih juga di atas kata-kata pendorong..Alhamdulillah

Salam perkenalan daripada saya..

Mumtaz said...

Assalamualaykum wrt Mc Umi

Ingat mum lagi ?

Masya'Allah rindunya .. tak pernah jumpa pun since balik msia .. seusia dgn mujahidah mum .. dah 2 tahun!

Umi Kalthum Ngah said...

Alaikumussalam warahmatullah Mumtaz!

Sudah tentu masih ingat!

Sudah besar anakmu. Cahaya mata semesti sudah lebih daripada satu?

Rafidah said...

Assalamualaikum.

Didoakan Puan sentiasa sihat.

Tahniah atas buku baru yang diterbitkan oleh pihak JIM.

Umi Kalthum Ngah said...

Alaikumussalam warahmatullah Puan Rafidah!

Terima kasih kerana mendoakan.

Moga Puan juga sihat hendaknya...

Liyana said...

Salaam Mc Umi!

Mestilah ingat!Mc doakan kami di sini, ye?

Masing-masing sedang bergelut dgn buku2.InsyaAllah June nih grad kalau Allah izin.

Yana nak mula menulis dgn serius juga lepas ni.. kene berguru dgn mc

Umi Kalthum Ngah said...

Alaikumussalam warahmatullah Liyana!

Insya Allah. Memang makcik di sini sentiasa mendoakan.

Kembali ke Malaysia nanti, emel pada makcik, ya?

ar-rumaisa said...

Salaam,
alhamdulillah, always inspired by Wanita JIM books.
kat mana nak beli ya?