Friday, February 5, 2010

KPI...

‘Hujan’ KPI mencurah hampir setiap hari . Seakan tiga huruf itu adalah perkataan paling popular merata-rata. Di kaca TV, di muka surat khabar, dari bibir para pembesar negara…di tempat kerja…

Sejak tahun sudah, apabila dipanggil supaya menganggotai jawatankuasa KPI pusat pengajian, terpaksalah dikejar dan mengejar. Ke sana ke mari. Mencari dan mengumpul maklumat. Dihimpit urusan kerja berkait kertas yang menggunung (jelaslah mengapa ruangan kecil ini tidak terkemaskini). Tambahan terpaksa berhadapan dengan ahli jabatan yang mempunyai masalah sikap contohnya “Ah…tidak mengapa..mengapa mahu ribut-ribut?” Tidak termasuk mereka yang menghamburkan perkataan yang tidak selayaknya keluar dari mulut seorang ilmuan…Aduhai… Sehingga rimas jadinya. Mendengar perkataan ‘keramat’ bermula dengan ‘K’ itu bikin kepala ini pening…

Hujung minggu yang lalu, diri ini dijemput syarikat penerbitan bersama para penulis lain membincangkan projek terkini dan bagaimana merancang peranan kami sebagai penulis. Kemudian, perkataan itu timbul lagi…perut ini terus terasa mual...

Terlampau banyak penekanan, kertas berkajang-kajang, begitu banyak masa digunakan, segala tenaga diperah…

Hujung minggu (Ya! Hari Ahad, sementara yang lainnya seronok bersantai dengan keluarga masing-masing) kami berempat terpaksa pula berhadapan dengan pihak tertinggi universiti. Tanggungjawab bagi mempertahankan KPI pusat pengajian kami terbeban di atas bahu kami yang berempat (Prof. L, Dr. W, Encik M dan saya). Semoga ada yang sudi mengiringi kami dengan doa…

Kesibukan ini membuatkan hati ini terfikir sejenak. Bagaimana dengan KPI yang satu lagi itu? Yang lebih lagi pentingnya? KPI kita dengan Yang Maha Agung? Tiba-tiba diri ini terasa cuak…

Anda bagaimana?

3 comments:

Naim said...

Prof. Umi, moga dapat markah tinggi untuk KPI ini nanti..

@naimisa

Umi Kalthum Ngah said...

Saudara Naimisa,

Terima kasih banyak-banyak di atas kiriman doa...

Wasalam...

Anonymous said...

Salam...

KPI...ada yang meremehkan..ada yang memberi fokus...tinggalkan yang meremehkan sebab jelas mereka sebenarnya terbeban dengan tuntutan kualiti..tidak mau susah...tidak mahu berfikir dan paling teruk makan gaji tanpa ada niat berikir secara organisasi..just pentingkan diri sendiri..

KPI penting bagi mereka yang berilmu dan berkualiti..diwujudkan untuk membentuk teamwork yang ampuh..dibentuk bagi menyatukan pemikiran dan tindakan...diselaraskan bagi mencapai matlamat organisasi..

juga mengurangkan ketidakadilan dalam menilai prestasi...akan ada penambahbaikkan ..namun kalau tidak diamalkan bagaimana? mesti bermula...

syabas kerana diberi tugas yang penting...melaksanakan KPI dunia...memenuhi tuntutan KPI akhirat... kerana semuanya ibadah :) teruskan usaha

penaberduri