Friday, November 19, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha






Diucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha…

Semoga kita dapat menghayati pengorbanan sepertimana yang dilalui oleh Nabi Ibrahim a.s., anaknya Nabi Ismail a.s. serta tidak kurang hebatnya, ibu Nabi Ismail a.s iaitu Siti Hajar.

Selain daripada darjah pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, mari juga kita lihat betapa tingginya darjat seorang wanita mulia, menjadi pelopor sebuah kota, yang kini menjadi kota suci tempat tumpuan umat Islam seluruh pelusuk dunia bagi menunaikan ibadah haji dan juga umrah.

Tindakannya berlari-lari anak tatkala mencari air dalam duka dan cemas ketika ditinggalkan di tanah gersang itu bersama anaknya Ismail yang masih merah dan menyusu - di antara ritual yang diabadikan dalam kerja haji.

Bagi membaca bagaimana tingginya ketaqwaan wanita tabah ini, jemput layarinya di sini.

Gambar diambil dari sumber ini.

4 comments:

Abang Long said...

Panas terik.
Padang pasir.
Tanpa air.
Anak kecil.

Empat perkara fokus. Bila dihayati semakin terasa sebak.


Sewaktu ibu kita mengandungkan kita:

Kita makan apa sahaja yang dimakan oleh ibu, tetapi hari ini, adakah ibu kita makan apa yang kita makan ?

BushroLimuna said...

Salam kak Umi...
Saya ingin membeli buku Jadi..anda mahu menulis. Dah cuba beberapa kali nak dapatkan dari bazar JIM tapi website under construction.

Bagaimana yer? Nanti saya bank in duitnya. just give me ur account no.
Juga..sudilah melawat blog saya...http://blimuna.blogspot.com/.
Telah lama saya mengikuti blog kak Umi..juga telah beberapa kali terlepas ceramah akak tentang penulisan oleh JIM.
Saya ahli di Bangi.

Umi Kalthum Ngah said...

Saudara Abng long,

Ya! Sangat menyayat hati apabila kita fikirkan dan bayangkan...

Namun itulah satu contoh nekad dan bulatnya hati seorang isteri yang setia, taat, bertawakkal kepada Allah...

Juga semangat kental seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja bagi anaknya..

Terima kasih di atas komen saudara..

Wasalam

Umi Kalthum Ngah said...

Puan Bushra,

Terima kasih sudi meninggalkan jejak...

Emel kepada saya di umikalth@yahoo.co.uk.

Akan saya cuba kirimkan buku melalui pos..Insya Allah..

Wasalam