Sunday, October 31, 2010

Telaga Ngah & Kayah...




Alhamdulillah....

Syukur teramat sangat kerana impian dan hasrat saya telah tercapai...

Ramadhan yang baru berlalu, saya telah menerima pelawaan daripada seorang aktivis yang juga junior suami saya di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh. Dia memanjangkan undangan bagi amal kebajikan.

Dalam 'flyer'nya, dinyatakan perkara berikut:

Saad ibn Ubadah bertanya kepada Rasulullah SAW.

“Umm Saad (emaknya) telah meninggal dunia; apakah jenis sedekah yang terbaik?”

Rasulullah SAW bersabda, “Air (yg terbaik).

Saad menggali sebuah perigi dan berkata; “Ini untuk Umm Saad”. (Hadith Riwayat Tirmidzi)


Lalu hati saya sangat tersentuh dan teringatkan Almarhum ibu dan ayah saya...lantas saya menyambut pelawaannya itu.

Teringin sekali bagi mengabadikan kedua-kedua nama Almarhum ibu dan ayah saya dalam satu projek yang bakal mendapat pahala berkekalan, selagi mana ia dimanfaatkan, Insya Allah. Mereka yang telah meranduk segala kepayahan, menahan derita membesarkan saya serta adik beradik saya sehingga kami semua dalam keadaan yang amat selesa buat masa ini...Alhamdulillah...

Impian saya sudah menjadi kenyataan... Buktinya di sini.

Bagi mereka yang mahu sama-sama mengambil peluang dalam usaha amal jariah begini, hubungilah:

Dato' Haji Mustafa Kamal bin Zaini (hp: 019-2149345)
President, ACT Malaysia
www.actmalaysia.org.my (Jemput klik di sini)

Semoga Allah menerima segala amal baik kita...Amin Ya Rabbul Alamin...

4 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Assalamualaikum Puan,

Semalam,ketika saya menghadiri kelas terjemahan di PPM-DBP, Tuan Syed Nurul Akla (beliaulah yang menterjemahkan Rihlah Ibn Batuttah) bercerita bagaimana isteri Khalifah Harun Al-Rashid yang bernama Zubaidah mewaqafkan tangki air di sepanjang jalan dari Baghdad ke Makkah. Jika tiada sumber air ini, ramailah jemaah haji yang meninggal dunia menuju ke Makkah akibat kehausan.

Air sangat penting untuk golongan fakir miskin. Hampir 1.1 bilion penduduk miskin di dunia masih belum mendapat bekalan air bersih.

Malah di negara kita pun masih ada segelintir yang menggunakan air dari lopak untuk kegunaan seharian (di Kerian!).

Syabas Datuk Hj.Bob!

Umi Kalthum Ngah said...

Dear Dr. Bubbles,

Waalaikmussalam warahmatullah...

Terima kasih memberikan komen.

Begitulah hendaknya, amal baik mesti diperbanyakkan selagi nyawa dikandung badan...

Saudarapun rajin membuat kerja amal dan kebajikan...saudara membekalkan perpustakaan di rumah-rumah anak yatim...teruskan usaha saudara itu..

Saudara bukankah dari STAR juga?Dato' Mustafa Kamal kenal sangat dengan Saudara apabila saya bertanyakan perkara ini melalui sms kepadanya...Seangkatan mungkin?

Ramai dari kalangan ex-STAR (STAR old boys) ini bagus-bagus belaka...
(Saya tahu sebab suami saya juga ex-STAR - ha...ha..)

Moga Allah panjangkan usia dan memberikan kita kesihatan tubuh badan supaya usaha murni begini boleh dilipatgandakan..Amin..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum. boleh tak nak share this post > untuk sebarkan tentang projek ACT ni , insyaallah

Umi Kalthum Ngah said...

Saudara yang tidak bernama,

Alangkah baiknya jika saudara meninggalkan nama saudara di sini...tidaklah saya tertanya-tanya...

Apapun, dipersilakan saudara mewar-warkan posting saya ini...

Segala amalan baik seharusnya kita sebarkan. Kita kembangkan supaya kita juga dapat panjangkan peluang ini...supaya membuka ruang bagi prang lain sama-sama menimba pahala...

Dan kita selalulah berdoa supaya Allah menerima segala amal baik kita...Amin Ya Rabbul Alamin..