Monday, October 18, 2010

Tidak menjangka...




Sungguh tidak saya menjangkakan yang saya akan dijadikan bahan entri bagi blog Puan Ainon Mohd. (Pengerusi PTS Publications Sdn. Bhd.)...

Entri di Universiti Terbuka PTS (jemput klik di sini)

Entah mengapa agaknya...

Namun saya amat menghargainya. Dan juga amat terhutang budi serta berterima kasih kepada suami saya yang selalu memberi semangat dan tidak pernah menolak bagi menghantar dan mengambil saya sewaktu ke bengkel-bengkel percuma anjuran Puan Ainon itu....bertambah berkobar semangat mahu terus menerbitkan karya...

Ada juga terasa..dalam hati kecil ini...'usia sudah semakin senja'...berbanding dengan hadirin yang rata-rata muda belia belaka, semasa bengkel yang diambil gambar ketika itu...

Akan tetapi apabila teringatkan pesanan Almarhum ayah saya (yang telah saya abadikan dalam buku saya Seungu Lavendar, "Belajar tidak mengenal batas usia! Selalu perlu ingat itu,") saya terus tanamkan tekad...dan menepiskan suara-suara penghalang dan bisikan hati begini...

Bagaimana dengan anda? Mari sertai kami dalam barisan penulis. Tidak ada istilah 'sudah terlambat' bagi mencuba...

2 comments:

Baitul SMR said...

iya.. saya itu memang cita-cita saya. Teringin sekali untuk menulis. Walaupun semakin lama, rasanya bagaikan makin jauh dari cita-cita tersebut. Keazaman ini perlu dikuatkan, usaha ini perlu dipertingkatkan, kalau tidak mimpi hanyalah mimpi... Doakan saya akak...

hrusli61 said...

Salam alaik. Penulisan saya bertambah rancak apabila mendapat suntikan dari kelas Kak Umi di USM Nibong Tebal, Penulisan Kreatif.

Saya sekarang mampu menulis dalam keadaan tertekan atau kesuntukan masa.

Menjadi satu kepuasan apabila berjaya membuat sesuatu penulisan itu walaupun yang ringan sahaja.

Semoga Kak Umi beroleh saham yang berterusan dan saya akan terus menulis untuk faedah umum dari ilmu yang Kak Umi curahkan itu.

J & W