Hanya kira-kira tiga minggu sudah, saya makan tengahari bersama Dr. Kay, teman sejabatan saya, juga dalam bidang penyelidikan yang serupa. Seorang yang kuat berpegang kepada agama Buddhanya. Juga seorang yang sangat baik pekertinya.
“Apa itu?” Kay bertanya. Sepinggan nasi ditatang di tangannya.
“Apa apanya?” saya membalas dengan satu soalan yang lain.
“Itu! Yang di pinggan awak itu!”
“Oh! Ini! Sedap tahu? Awak mahu rasa sikit?”
Kami mengambil tempat di hadapan set TV besar. Di hujung sana kedengaran deruan air melimpah ke dalam kolam. Udara sekitarnya nyaman.
“Oh tidak! Saya rasa saya tidak mahu!” kata Kay, anak matanya mengintai dari sipi.
“Awak belum pernah merasa?” saya bertanya lagi, menyinsing hujung lengan baju yang melabuh. Tekak sudah berselera.
“Tidak!” ringkas sahaja jawapan Kay.
“Kalau begitu, sudah tiba masanya awak mencuba! Nah! Sedikit ini sahaja!” kata saya, mencuit sedikit dan meletakkan ke pinggir pinggannya.
Kay meletakkan hidungnya dekat dengan colekan kemerah-merahan itu. Kemudian, dia menyua sedikit dari hujung sudu di tangan ke dalam mulutnya.
“Boleh tahan juga rasanya!” kata Kay, dahinya menahan kerut.
“Mungkin suatu hari nanti, awak akan suka!” kata saya. Kening Kay terangkat. Dia lantas terdiam.
Minggu lalu, Kay meletakkan sedikit lagi colek itu ke atas pinggan nasinya. Banyak lagi daripada yang saya colekkan ke pinggannya pada minggu sebelum itu. Sengaja saya tidak mahu menyebut tentang perkara itu.
Akan tetapi semasa makan tengah hari tadi, berlaku sesuatu yang agak mengejutkan.
“Apa ini?” kata Kay, jarinya menuding kepada daun hijau yang selungguk dalam pinggan bujur terserak di depan kami.
Lalu sayapun berkata, “Itu ulam raja.”
“Yang ini?" Kay bertanya lagi, kali ini menunjukkan hujung jarinya kepada daun-daun hijau di sudut lain.
“Kami panggil itu daun selom dan sebenarnya ia sesuai dimakan dengan itu!” kata saya, menganggukkan kepala ke arah pinggannya.
Kay memuncungkan bibirnya. Di atas pinggannya sudah terdapat sambal colek yang membukit.
Sebaik kami mula menyuap, Kaypun berkata, “Ini, semakin hari rasanya semakin sedap! Saya terlupa bertanya pada awak. Apa namanya benda ini?” matanya bersinar dan cahaya dari dalamnya sedang menari-nari.
“Itu namanya sambal tempoyak! Isi raja segala buah yang sudah dimasamkan. Sangat masyhur di negeri Perak, tempat asal ibu dan ayah saya. Dan ia juga merupakan hidangan kegemaran keluarga saya sendiri!” mata saya tersenyum senada dengan bibir yang mengungkapkan jawapan saya kepadanya.
“Apa-apa sahajalah, rasanya sungguh menyelerakan…umph!” Anak matanya kian menyinar manakala tangan Kay terus sahaja menyuapkan sudu nasi beserta ulam dan sambal tempoyak dengan penuh selera.....
Alangkah bagus sekiranya kita dapat mengajak orang lain sama-sama merasa dan menikmati keindahan Islam. Seperti memakan tempoyak colek (yang digaul dengan cili padi) yang lazat....sedikit demi sedikit...dirasakan sungguh menyelera dan selesa; sehinggakan apabila sampai pada satu tahap, pasti tidak puas selagi tidak menjamahnya...

4 comments:
Puan Umi,
Moga-moga dengan membaca buku-buku terbitan PTS, seperti karya-karya Puan, pembaca bukan Islam dapat merasa tempias-tempias keindahan Islam.
Amin...Ya Rabbal Alamin...
Terima kasih Puan Ainon kerana sudi mendoakan...
Wasalam
Pn Umi, Pahang pun amat terkenal dengan tempoyak, kalau tak takkanlah Temerloh terkenal dgn masakan Ikan Patin Masak Tempoyaknya.
Akhir kata, diharapkan karya-karya berunsurkan Islam akan memberi kesan sebagaimana kesan tempoyak itu. Amin...
Saudara icesoul,
Tepat betul sangkaan saudara! Sebenarnya, tempoyak yang kami jamah dalam beberapa minggu ini bukan dari Perak - belum musimnya (itu kata pengusaha restoran tempat kami selalu menjamu selera itu) tetapi dari Temerloh!
Ya! Pahang!
Menantunya bawa khas dari sana...
Saudara icesoul pun gemarkan tempoyak? Kita bolehlah gang!
Post a Comment