Bengkel berbentuk ‘hands-on’ yang julung-julung kali diadakan di Perak di bawah anjuran Wanita JIM Negeri Perak telah menyaksikan kehadiran padat para peserta, seramai 24 orang (kurang satu daripada yang disasarkan)...Alhamdulillah...
Syabas kepada semua peserta kerana meluangkan masa untuk hadir ke Bengkel Penulisan 1 bertemakan “Kembara Hati Menerokai Jiwa’ anjuran Wanita JIM Negeri Perak yang telah diadakan pada 2 Februari 2008 bertempat di Pejabat JIM Negeri Perak.
Suasana nyaman dan tenteram memang amat diperlukan bagi menyalakan percikan api ke dalam minda peserta. Untuk itu, Pejabat JIM didapati paling sesuai.
“Penulisan saya ini merapu sahaja!” kata salah seorang peserta yang berdiri tekulat-kulat apabila gilirannya tiba. Di tangannya, kertas dikibas-kibas.
Berkata saya padanya, “Tidak mengapa. Merapu pada awak tetapi mungkin tidak bagi orang lain. Bacakan sahajalah, bukankah kita sama-sama sedang belajar?”
Sebaik peserta kita yang seorang itu membuka mulutnya dan membaca bait-bait ayat yang tertera pada cebisan kertas di pangkuannya, kedengaran tawa halus dan garau dari peserta yang lain.
“Syyy! Biarkan sahaja kawan kita ini meneruskan pembacaannya, ya? Yang lain, tolong diam!”
Suasana hening. Namun ada bibir-bibir yang masih tersenyum simpul dan badan yang terhinggut-hinggut menahan rasa lucu. Ada yang menekup-nekup mulut menahan geli hati.
Itu adalah di antara gelagat yang dapat disaksikan semasa bengkel berjalan. Tidak sangka pula yang begitu ramai memiliki bakat yang terpendam. Alangkah bagus seandainya bakat-bakat ini dapat digilapkan lagi.

Rata-rata peserta tersenyum seronok. Memang seharusnya begitu jika mahu mempelajari sesuatu. “Learning should be fun!”
Saya sendiri turut terhibur mengendalikan sesi bengkel sepanjang sehari itu. Sehari suntuk tidak terasa....
1 comment:
Seronok membaca blog ini. Saya kini sedang mencari-cari sebahagian dari diri saya yang hilang. Penulisan adalah yang pernah terbentuk dalam diri saya sejak saya berumur 9 tahun lagi. Kini saya sedar bahawa karya yang saya ada dalam benak perlu dikeluarkan.
Harap dapat menghubungi saya supaya dapat saya mengetahui di mana dan bagaimana untuk saya kembali bersama sebahagian diri yang hilang.... khalidharun7@hotmail.com
Post a Comment