Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada:
-Ketua Wanita JIM Negeri Perak kerana memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan bengkel ini. Juga YDP Negeri kerana merestui perlaksanaan bengkel ini.
-Cik Hajjah Norhayati Hj. Sidek di atas bantuannya menyusun kerusi meja dan juga menyediakan borang-borang yang perlu.
-Puan Hajjah Kerisisiah Mohd. Daud di atas urusan makan minum yang ditempah dari pihak katerer Sekolah Al Hidayah Ipoh. Peserta kata makanan sedap dan mereka kekenyangan. Mujur bengkel perlu pergerakan dan tidak hanya duduk di kerusi. Jika tidak, pasti ada yang terlena beralaskan permukaan meja di hadapan kerusi ataupun tersengguk-seungguk di tempat duduk masing-masing.
-Encik Cik Wan dan Encik Shukri Daud kerana sudi meluangkan masa mempastikan pejabat JIM selesa.
-Suami tercinta, Ir. Haji Mohd. Sofian bin Ahmad di atas sokongan moral, teknikal, pengangkutan dan lain-lainnya.
Syabas saya ucapkan sekali lagi kepada:
- adik-adik dan anak-anak 15 tahun ke bawah yang begitu bersungguh-sungguh dan setia berada di kerusi masing-masing. Walaupun saya baru sedar yang sesi petang agak mencabar dan kurang sesuai bagi peringkat umur adik-adik dan anak-anak. Nanti kita cuba rangkakan program bengkel yang lebih sesuai di lain hari, ya?
-Peserta semua yang begitu tekun, menunjukkan minat mendalam dan sedia mematuhi arahan. Apa yang dapat disimpulkan adalah bengkel ini tidak mungkin dapat terkesan dengan jayanya tanpa adanya kerjasama dan sikap proaktif daripada peserta. Sangat sporting sekali!
Ini adalah antara respon yang diterima melalui emel daripada para peserta setelah mengikuti bengkel itu:-

Cik Hajjah Norhayati Haji Sidek dari Ipoh:-
“Suasana bengkel semalam sungguh harmoni dan menceriakan. Walaupun dari awal pagi hingga ke petang dihidangkan dengan juadah yang enak-enak tapi kebanyakan peserta tidak kelihatan mengantuk di sepanjang program…. Semua peserta tidak kering gusi mendengar bacaan hasil tulisan peserta lain dan diri sendiri. Keseronokan dengan pelbagai aktiviti "hands-on, minds-on dan hearts-on" yang dikendalikan benar-benar terasa.”
Puan Hajjah Anita Ali (Ketua Wanita JIM Negeri Perak) dari Manjung:-
“Amat berbaloi sekali dengan hasil yang didapati berbanding dengan sedikit wang yang kita peruntukan untuk mendapatkan ilmu ini... Satu bentuk latihan yang amat praktikal buat semua yang meminati bidang penulisan...”
Puan Dzilal Abdul Aziz dari Ipoh:-
“Aktiviti dari pukul 9 pagi hingga ke 5 petang langsung tidak membosankan. Semua aktiviti memerlukan penglibatan aktif peserta. Memang 'terpaksa' menulis! Dahsyat dan mengkagumkan bila mendengar hasil karangan setiap peserta. Tak sangka betul semuanya ada potensi. Betullah kata Makcik Umi, penulis boleh dibentuk dan dilatih. Jika ada sambungan atau siri lain bengkel ini, ana pasti antara yang terawal mendaftarkan diri. Memang berbaloi….”
Puan Mahani Yusof dari Kuala Kangsar:-

“Alhamdulillah telah pun mendapat ilmu yang bermanfaat. ….Jenuh juga lah memerah otak!”
Puan Norizan Lazim dari Taiping (melalui sms):-
“Pemuka-pemuka ikhwan dan ulama-ulama seperti Hamka, mereka menulis dan karya mereka terus hidup dalam jiwa pembaca sampai kini. Inilah satu cabang medium dakwah bagi Kak Zan!”
Puan Rosidah Mohd. Isa dari Pasir Pinji, Ipoh (belum ahli JIM lagi):-
“Banyak pengetahuan yang saya perolehi sewaktu bengkel tempoh hari. Insya Allah saya dan sepupu saya yang menetap di Cheras akan mengikuti bengkel anjuran PTS pula…”
Moga usaha kerdil ini telah dan akan dapat dimanfaatkan secara berterusan oleh peserta semua. Dan moga juga diterima Allah sebagai timbangan berat di sana nanti…Amin.
Kepada peserta semua - Kekalkan momentum mahu menulis itu, ya? Lima belas minit sehari – jangan sekali-kali lupa!
Ingat! “Writers are not born, they are made!”

No comments:
Post a Comment