Permata hati kami berdua…terlari-lari ke sana ke mari. Di celah-celah koridor dan kedai-kedai yang berderetan di Kompleks Membeli Belah pagi Ahad baru-baru ini.
Kesihan Tok Wannya terlari-lari, mengejarnya sehingga tercungap-cungap. Maklumlah kepantasan si cilik berusia 2 setengah tahun memang berbeza dengan kepantasan kita yang sudah mencecah separuh abad. Sementalahan, perlu berhati-hati sekarang ini. Anak kecil sudah tidak selamat sendirian walaupun di rumah sendiri, inikan pula di kompleks tengah bandaraya…
Pada suatu ruang kedai, tiba-tiba sahaja si buah hati kami itu terhenti langkahnya dan berkata, “Hey! Jangan bergaduh!” Dahinya berkerut, sebelah tangannya di cekakkan ke pinggang manakala sebelah lagi menuding jari.

Di hadapannya dua orang kanak-kanak dalam usia 5 hingga 6 tahun sedang tolak menolak dan memang kelihatan sedang bergaduh. Mungkin teguran si kecil kami itu berkesan kerana kelakuan kedua-dua kanak-kanak itu terhenti dan mereka berlalu pergi. Si kecil Nuha Insyirah masih memandang mereka dengan kerutan di dahinya dan matanya menjeling dari sipi...
Saya berkata dalam hati, “Masya Allah! Tidak pula menyangka, kecil-kecil lagi sudah berani melakukan cegahan mungkar (nahi mungkar). Spontan namun lagaknya bersahaja.”
Saya dan suami tercinta saling berpandangan dan tersenyum kecil.
Bukankah melaksanakan amar makruf nahi mungkar (menyuruh yang baik, melarang yang buruk) itu adalah tugas setiap insan tidak kira pangkat mahupun usia? Bahkan ia adalah sebahagian daripada jihad yang perlu dilakukan tidak kira masa.
Tambahan dengan situasi semasa, perlu kita sama fikir-fikirkan. Apakah yang boleh kita lakukan bagi memantapkan jihad harian kita?
Jihad amat luas ruang lingkupnya. Bukan hanya terhad kepada pergi berperang. Kita dituntut berjihad melawan hawa nafsu dan tidak tunduk kepada suruhan syaitan yang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Kita diminta mencuba untuk mencurahkan seluruh kemampuan dan kekuatan yang dimiliki supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah. Mengamalkan setiap apa yang diperintahkan dan dicintai-Nya serta meninggalkan apa yang dibenci Allah. Menegakkan hujah kebenaran dan membantah kebatilan.
Rasulullah (s.a.w) telah berkata, "Jihad yang paling afdhal adalah mengatakan yang haq di hadapan pemimpin yang zalim." [HR Ahmad].

8 comments:
dari mana datangnya perlakuan yang baik jika bukan dari didikan ibu dan ayahnya.
MasyaALLAH...anak yang cerdik dan berani demi kebenaran.
abu adlil.
Assalamualaikum warahmatullah,
Saudara Idham,
Terima kasih di atas kunjungan dan komen yang diberikan...
Sama-samalah kita senantiasa berdoa semoga pewaris kita nanti (anak-anak dan cucu-cicit kita) terdiri daripada yang mereka yang berusaha sedaya upaya menegakkan kalimah kebenaranNya dan menghapuskan kebatilan...Amin
Wasalam..
Assalamualaikum Puan Umi Kalthum,
Sekali ziarah ke sini, hati sudah terpaut. Cantiknya biasan embun.
Salam kenal.
Assalamualaikum kak ummi. Bagusnya gelagat cucu kak ummi
Salam ziarah.
Bagus sekali susunan bahasa-bahasa Puan. Kagum saya. Selamat menulis
Assalamualaikum,
Saudara Anonymous,
Kanak-kanak memang menghiburkan...Anak saya yang paling kecilpun sudah mahu masuk usia ke 23...sudah tentu kehadiran permata hati menggembirakan kami berdua..di usia hujung senja..
Saudari zlaa,
Bahasa saya biasa-biasa sahaja. Tidak begitu pandai bahasa berbunga-bunga..Maklumlah orang dalam bidang teknikal...Terima kasih ke sini..Saya baru sahaja tinggalkan jejak di blog puan! Tabahkan hati mengejar cita-cita dalam pengajian. Pasti adanya cahaya di hujung terowong sana...
Salam KakUmi, saya jelajah Popular Megamal& Sunway, Harfa Sbg Jaya - belum berjumpa buku Insyirah, Dafodil, Lavendar...Cadang nya nak membeli untuk anak gadis mengisi waktu cuti sekolah minggu depan. Di mana ya nak cari. Kalau ada dalam simpanan KakUmi, saya berhajat membeli terus. Tolong telefon saya 019 461 6261
Puan Umi Kalthum Ngah,
terimakasih kerana meninggalkan jejak di blog saya. Terharu kerana seorang penulis yg berjaya sudi singgah... Puan juga sudah menamatkan pengajian. Tahniah.. ya..byk cabaran dan dugaannya bila menyambung pelajaran tatkala usia sudah hampir separuh abad.. saya pula...eksperimen semua sudah siap, masih tersangkut dlm penulisan thesis...tambahan pula sudah mula masuk bekerja semula dan dibebani dgn tugas2 yg lain...mungkin kena ikut jejak penulis2 spt puan...satu hari sehelai, atau sekurang-kurangnya satu perenggan... akhirnya siap juga..
InsyaAllah...
Post a Comment