Sunday, April 13, 2008

Pelancaran Buku 'M-Book'...








Berita baik bagi mereka yang gemar membaca...

Novel-novel karya saya ini adalah di antara yang kini boleh dimuatturun melalui handphone anda.

Dengan harga hanya RM5 setiap satu buku dan telefon bimbit berpaparan warna..anda mampu memilikinya..

Cerita mengenai hal ini boleh didapati pada entri saya terdahulu di sini...

Majlis pelancaran 'M-book' ataupun 'Mobile Book' ini telahpun disempurnakan oleh Puan SifuPTS (Puan Ainon Mohd.) semasa Pesta Buku Antarabangsa 2008, bertempat di PWTC, Kuala Lumpur (4 - 13 April)...

12 comments:

Neeza Shahril said...

minta maaf kak Ummi, Neeza ni tak tahu bab M-book ni. Apa maksudnya? baca novel melalui hp ke?

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamaualaikum Neeza,

Ya! Sila baca entri saya terdahulu mengenai hal ini di sini:

http://biasanembun.blogspot.com/2008/01/pintu-dakwah-semakin-terbuka-luas.html

Tetapi, semestinya perlu berada di Malaysia supaya dapat muat turun...

Bila mahu bercuti kembali ke sini?

Wasalam...

ummu asiah said...

Baru berkenal di dunia blog..di group lain dah lama kenal.
Bagusnya ada M-book ni..RM5 saja pulak tu. Saya dah terdengar and tengok promo dia di MHI. Menarik bunyinya. Buku2 Kak Ummi dah saya beli..yang dah habis baca seungu lavender..seronok baca kisah dalam tu. masa baca dulu teringat nak emel n tanya if memang semuanya kisah benar belaka..tapi tak teremel. If yes..bertuah kak umi punyai sejarah kehidupan sebegitu dan juga daya ingatan yang kuat mengenang dan menulis kembali sebagai pengajaran menjadi ibu dan ayah yang baik dalam mendidik anak-anak.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahamtullah,

Ummu Asiah..

Terima kasih kerana sudi ke sini dan meninggalkan jejak.

Terima kasih juga kerana sudi membeli dan membaca karya saya. Saya amat menghargainya..

Sememangnya 'Seungu Lavendar' itu adalah kisah hidup saya di zaman kanak-kanak sehingga remaja...

Kenangan manis bersama ibu ayah (kedua-duanya sudah menjadi almarhum..moga Allah mengampuni dosa mereka dan menerima segala amalan mereka..Amin) yang telah berkorban membesarkan kami adik beradik..Tidak mungkin saya menjadi seperti saya sekarang ini tanpa didikan dan asuhan mereka. Juga betapa mereka mengharungi segala susah payah supaya kami mendapat peluang sepenuhnya mengubah nasib kami sekeluarga...Alhamdulillah...

Ketika saya mengarang kisah itu, tidak terkira berapa banyak berjuraiannya air mata saya yang mengalir...juga setiap kali menatap buku itu kembali..

Sudah tentu Puan Ummu Asiah juga mempunyai kisah manis bersama ibu ayah serta adik beradik yang mengharum seperti wanginya lavendar...

Wasalam..

Anonymous said...

Dr.Umi, terima kasih atas taaruf kita di booth PTS tempoh hari.

Umi Kalthum Ngah said...

Asalamualaikum Sdr. ZaidAkhtar, terima kasih sudi ke sini. Sedang berebut 'Salju Sakinah; dengan anak perempuan saya. Apapun, saya yang mahu baca dulu..

Anonymous said...

Assalamualaikum. Ini kali pertama sampai ke blog Ummi. Kalau tak salah saya Ummi ini ibu kepada penyanyi nasyid Muaz? Mohon maaf kalau salah teka...

Umi Kalthum Ngah said...

Waalaikumussalam, Najibah!

Ibu kepada penyanyi Muaz kebetulannya adalah senior saya semasa di Kolej Tunku Kurshiah dahulu. Tidak mengapa tersalah teka.

Terima kasih ke sini!

Anonymous said...

salam~

ana baru baca novel umi sentuhan muttaqeen.. yg lain ana masih belum berkesempatan.. x cukup duit nak beli.. huhu.. ut it's a good novel..

Umi ada anak bersekolah di rangkaian Musleh ke??

Umi Kalthum Ngah said...

Waalaikumussalam, Sdr lil biruny.

Ya! Tentu sekali! Anak saya Anas, bersekolah di Al Hidayah (rangkaian MUSLEH) Ipoh.

Suami saya dan sahabat-sahabatnya bersengkang mata menubuhkannya semasa dia masih bayi lagi. Kini sudah tahun akhir M.Eng (Kej. Mekanikal) di Manchester..Insya Allah berkonvo Julai ini..

Tolong. doakan, ya?

Wasalam..

Anonymous said...

Assalamualaikum,,,,
saya berumur 13 tahun.Saya sungguh seronok bila baca novel sentuhan muttaqeen & seungu lavender.Seungu lavender kisah benar umi ke?Kisah tu sungguh menarik...Tahniah saya ucapkan...

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum kepada purple,

Terima kasih sudi meninggalkan jejak di sini.

Seronok saya mendengar ada remaja seperti purple yang suka membaca buku-buku saya.

Sudah tentu 'Seungu Lavendar' itu adalah kisah saya sekeluarga..diabadikan buat tatapan anak-anak, cucu dan generasi masa akan datang....

Sebuah buku yang ditulis memenuhi projek 'Jibunsyi' atau Kisah Orang Biasa-biasa bagi penerbit PTS.

Wasalam..