Friday, April 4, 2008

Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah...

















Rumah ini menempatkan anak-anak gadis yang disebabkan kecuaian diri maka bakal atau telah menjadi ibu tanpa ikatan sah dari segi hukum syara’ sebagai isteri kepada seorang lelaki. Ya! Anak-anak gadis ini serta bayi mereka yang perlu diselamatkan, daripada terus disingkir masyarakat. Mengelak daripada bayi-bayi mereka ini dicampak ke tempat awam dan tong sampah dan akhirnya menemui ajal dalam keadaan yang menyayatkan hati. Ibu ayah anak-anak gadis ini pula diwajibkan menandatangani perjanjian selama sekurang-kurangnya setahun bagi memberi peluang anak-anak mereka ini dibimbing ke pangkal jalan, Insya Allah...

Institusi bimbingan dan perlindungan sementara ini menawarkan khidmat bimbingan, sokongan emosi dan pendidikan khususnya bagi puteri-puteri beragama Islam berusia 14 hingga awal dua puluhan. Mereka yang ditempatkan di sini dibantu dari segi memantapkan rohani dan kemahiran asas sebagai bekalan untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Bayi yang dilahirkan pula dipastikan diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang latarbelakang agamanya adalah cukup kuat. Mereka juga perlu dibantu dari segi membina semula keyakinan diri, meneruskan kehidupan dengan cara hidup yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat. RS juga adalah salah satu usaha kebajikan bagi masyarakat dan ummah ke arah menangani masalah gejala sosial di kalangan remaja.

Ide penubuhan rumah perlindungan ini yang didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, Jabatan Kebajikan Masyarakat, tercetus daripada minda Profesor Madya Dr. Harlina Halizah Mohd. Siraj, Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM
) Pusat. Beliau secara rasminya menjadi pengerusi rangkaian Raudhatus Sakinah seluruhnya. Cawangan Raudhatus Sakinah ini adalah yang ketiga selepas pelancaran yang induknya di Sungei Buloh (yang dikendalikan oleh UmiRoses, beroperasi dengan rasminya pada Ogos 1998) manakala satu laginya di Kota Bharu, Kelantan. Cawangan terkini adalah di Johor. Sepertimana biasa, penubuhan pusat begini sudah tentunya memerlukan pembiayaan yang tinggi. Dan kebiasaannya sumbangan dari segi bentuk derma dan sumber kewangan amat diperlukan disebabkan ia adalah institusi yang lahir daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Berbeda dengan tumbuhnya cawangan-cawangan institusi lain seperti tadika umpamanya, terbitnya rangkaian seperti Raudhatus Sakinah ini bukanlah sesuatu yang patut kita banggakan. Ini adalah kerana tertubuhnya pusat begini di sana sini adalah sebagai penanda aras akan betapa meruncingnya keadaan dan masalah lepas laku di kalangan remaja Muslim kita.

JIM, Wanita JIM Pusat serta semua cawangannya di daerah dan negeri juga aktif menyedarkan masyarakat akan pengaruh gejala social menerusi program “Aku Bijak Jauhi Zina” yang dilaksanakan di peringkat sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia. Juga kempen “Anda Bijak Jauhi Zina” yang disasarkan kepada masyarakat umum bertempat di pusat hiburan dan membeli belah di kota-kota besar.

Setiap kali selepas berkunjung ke RS dan sepanjang perjalanan pulang, saya pasti teringatkan wajah-wajah setahun jagung, tubuh-tubuh kecil melidi milik perempuan belasan tahun yang antaranya memangku bayi yang masih kemerahan di ribaan. Wajah seakan sayu menyembunyikan seribu satu perasaan yang terpendam kerana akan terpaksa berpisah dengan bayinya itu nanti. Hati ini sungguh terkesan kerana diri ini juga punya anak perempuan yang sudahpun berumahtangga dan menjadi ibu; menyayangi dan disayangi suaminya yang tercinta serta hilai tawa anak di depan mata, mertua serta ipar duai. Bukankah itu sepatutnya impian setiap seorang anak gadis? Bukannya di tempat seperti Raudhatus Sakinah itu!

“Ya Allah! Berikanlah bimbingan dan bukakanlah pintu hati-hati anak-anak di RS itu supaya mereka insaf dan dapat menjalani hidup baru. Lindungilah kami serta anak cucu dan cicit kami daripada segala kerosakan dan fitnah yang melanda kaum Muslim pada hari ini..Amin..”

Tiba-tiba sahaja diri ini teringatkan cucu kesayangan kami, Nuha Insyirah. Dia yang memanggil suami saya "Tok Wan" manakala saya, "Neena" …sudah lama tidak ketemu! Pastinya di hujung minggu ini, Insya Allah!

7 comments:

Neeza Shahril said...

sayu hati bila tengok anak anak yang tidak berdosa. Nak marah kan mak mereka 100% pun tak kena juga rasanya sebab umur mak mereka ni pun muda sangat lagi. Adakah nenek dan atok mereka perlu dipersalahkan? entahlah... masing2 ada bahagian tersendiri..

HCI said...

Umi,

U patut buat buku koleksi cerita2 pendek dari pengalaman mereka.

ABDUL LATIP said...

Umi, kalau saya nak ambil seorang anak angkat dari sana boleh?.

maklang said...

salam ummi...maklang datang tanpa undangan ni...

Moga2 remaja2 tersebut insaf dan pulang ke pangkal jalan, InsyaAllah.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Neeza, semuanya punya peranan yang besar dalam pembentukan akhlak remaja, termasuk diri individu itu sendiri, ibu ayah, anggota masyarakat serta pihak penguasa (iaini yang memegang tampuk kepimpinan)...siapa yang harus dipersalahkan? Itu adalah soalan cepu mas..

Prof. Has, Sebenarnya, sahabat saya UmiRoses (Rosmawati Zainal) telahpun menerbitkan sebuah buku berdasarkan pengalamannya mengendalikan Raudhatus Sakinah pertama di Sungai Buluh, bukunya bertajuk 'Ku Temui Jalan Pulang'. Koleksi cerita pendek berdasarkan RD Seberang Perai mungkin saya boleh cuba usahakan..

Encik Latip Talib, sudah tentunya boleh. Nanti saya kirimkan pesanan ringkas nombor pihak berwajib, yang Encik Latip boleh hubungi, ya?

Anonymous said...

salam...
sy berminat utk mengambil anak angkat...memandangkan doktor telah sahkan sy tidak boleh melahirkan anak..boleh ke sy memohon anak angkat dr Raudhatus sakinah?P prosedur?bp lama perlu sy tunggu? siapa yg perlu sy hubungi?

firdaus said...

Salam Umi

apa syarat2 nak ambil anak angkat di sana??

tq