Sunday, June 15, 2008

Tronoh...sunyi namun menarik...




















Selesai sesi viva pelajar ijazah lanjutan selama empat jam itu, saya berhenti sejenak di tepi tasik setentang pintu masuk utama Universiti Teknologi Petronas (UTP). Di situ dulunya adalah sebuah restoran, menjadi tumpuan kami menjamu selera. Namun kini hanya tinggal bekasnya sahaja. Tapak asal dan kayu-kayu lama berserakan merata-rata.

Sungguh, rindu di hati agak terubat, setelah menyelusuri jalan kecil masuk ke pekan “Toronto” (Tronoh). Pejabat pos lama masih tidak berubah wajah. Begitu juga pondok polisnya. Tempat-tempat ini membekas di hati saya. Mengingatkan saya akan persekitaran saya semasa kecil di Balai Polis Sungai Nibong, Pulau Pinang; tempat saya dilahirkan. Juga kemungkinan besar beginilah rupa agaknya, tempat ayah dan ibu saya mula-mula berpindah keluar dari kampung halaman, semasa ayah berkhidmat sebagai polis di Johor pada tahun-tahun 1950’an, yang telah saya abadikan dalam buku saya ‘Seungu Lavendar’. Seboleh mungkin, biarkanlah sahaja tempat seperti Tronoh itu tidak terusik. Pada saya, ia sangat menarik! Sekiranya ada yang berminat membikin filem suasana tahun 50’an dan 60’an, pasti inilah tempat-tempatnya….

Namun rindu saya pada Sifu Akademik saya tidak terubat. Dia yang amat berjasa, tanpa jemu membimbing saya sebagai tenaga akademik, membentuk serta mendidik saya dalam hal berkaitan selok belok penyelidikan dan memacu semangat saya supaya sentiasa terus mencari ilmu sepanjang hayat. Dia yang bernama Profesor Paruvachi Ammasai Venkatachalam (kini hampir tamat tempoh kontraknya dengan Universiti Teknologi Petronas selama 8 tahun kebelakangan ini) tidak juga dapat saya temui. Sebelum ke UTP, dia berkhidmat dengan USM Kampus Kejuruteraan selama 12 tahun. Saya diberitahu dia bersama isteri ke Australia, menziarahi anak menantu di sana selama sepuluh hari.

Mungkin ada lagi kesempatan bertemu dengannya sebelum Julai ini, Insya Allah…Saya belum lagi sempat mengucapkan perkataan terima kasih secara berhadapan dengannya!

3 comments:

maklang said...

Puan Ummi,
Salam perkenalan...

Nak tanya sikit. JKR ada tak mengeluarkan buku untuk electrical design. Maklang ada satu copy, tapi dah lama sangat dah buku tu...

Umi Kalthum Ngah said...

Salam perkenalan kembali MakLang,


Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

Hmmm..

Saya tidak begitu pasti pula dengan buku yang Maklang maksudkan itu.

Mungkin lebih baik bertanya dengan pihak JKR? Moga dapat jawapan daripada pihak mereka...

Wasalam..

Ninie Ahmad said...

Yer Tronoh mmg menarik:) ...saya jatuh cinta dengan Tronoh sehingga ambil keputusan menetap disana sejak 2005 sehingga sekarang...imej yg anda tangkap sederet kedai..ader 1 kedai berwarna kuning bertingkap hijau...<---kepunyaan saya:)