Friday, October 30, 2009

Seindah Dafodil...Terpilih untuk Pembelian 2009 KPM

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah kerana mengizinkan buku keempat hasil penulisan saya iaitu Seindah Dafodil terpilih sebagai Pembelian 2009 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Berita menggembirakan ini telah saya perolehi di sini.

Terima kasih juga kepada para pembaca kerana sudi membaca karya saya. Ibu ayah boleh menjadikan buku ini sebagai bahan bacaan dan hadiah berupa nasihat secara tidak langsung kepada anak-anak mereka.

Semoga pelajar-pelajar sekolah yang masih remaja mendapat sedikit sebanyak mesej dan pengajaran yang ingin saya sampaikan serta kongsikan, terutama sekali adab-adab dan tatacara memelihara jatidiri bagi mereka yang mencari ilmu di negara asing...Amin.

6 comments:

We Haus Enterprises said...

Tahniah, kak Umi.Tumpang seronok melihat kejayaan kak sampai ke tahap ini. Sudah pasti anugerah ini akan menjadi motivasi untuk kak terus berfikir keras bagi melahirkan karya yang akan mengikut jejak langkah Seindah daffodil atau lebih hebat lagi. Alhamdulillah.

CastStory2008 said...

Tahniah Kak Umi,

Berbaloi-baloi dan berlipat ganda amal jariah, insyaAllah. Pencetus rangsangan kepada semua penulis permulaan dan profesional di luar sana. Wakey wakey!

Umi Kalthum Ngah said...

Dear UmmiYati,

Terima kasih di atas ucapan...

Sememangnya dalam melaksanakan tugas menyampaikan sesuatu yang bakal dapat dijadikan bahan peringatan dan pengajaran yang baik bagi orang lain, kita perlukan sesuatu bagi memotivasikan diri sendiri. Terutamanya jalan ini adalah jalan yang panjang, penuh liku dan cabaran...

Anugerah Allah seperti ini menguatkan lagi semangat dalam diri...Bukankah Allah sebaik-sebaik Pemberi?

Wasalam..

Umi Kalthum Ngah said...

Yati CastStory2008,

Terima kasih.

Yati juga mampu menulis. Harap-harap pena Yati semakin tajam, ya?

Wasalam...

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Assalamualaikum Puan Umi,

Tahniah! Saya juga ingin berkongsi cerita seronok-seronok dengan puan. Semalam, baru sahaja saya hadiri bengkel KJ Method untuk Penulisan Fiksyen. Aduhai, terbuka mata saya seluas-luasnya bahawa betapa mudahnya menulis dengan teknik itu.

Barulah saya faham apa yang dimaksudkan mengenai Teknik KJ seperti mana yang terdapat di dalam buku puan, "Jadi Anda Mahu Menulis?"

Terima kasih puan.

Umi Kalthum Ngah said...

Dr.Bubbles,

Bolehlah Saudara menulis selepas ini, ya?

Kongsikan segala pengalaman Saudara yang amat berharga itu. Saya akan menjadi pembaca pertama hasil penulisan Saudara, tahu?

Yang sabar menunggu...