Stering kereta dibelokkan ke stesen minyak bersebelahan jalan besar menghubungi bandar Taiping ke Parit Buntar. Sebaik melewati booth pertama, saya terpandang akan wajah manis milik seorang anak muda.
Dia datang terlari-lari membantu saya.
“Puan cikgukah?” katanya tersenyum. Di tangannya, kepala pam minyak yang dimasukkannya ke corong kereta mungil saya.
“Ya!” kata saya, membalas senyumannya.
“Mengajar di sekolah mana, ya?”
“Saya memberi kuliah sebenarnya di Nibong Tebal, di kampus kejuruteraan, balik sempadan sana itu!”
“Di universiti?” katanya, wajahnya tiba-tiba sahaja bercahaya.
“Ya! Anak ini sudah lama bekerja di sini?” kata saya memerhatikan riak dan potongan badannya seperti remaja baru lepasan sekolah.
“Baru beberapa bulan. Saya sebenarnya balik ke sini, menjaga nenek yang sedang sakit tua. Tambahan pula ayah menyuruh saya mencari kerja, menyara adik-adik yang ramai.”
“Mengapa tidak saja menyambung belajar?” kata saya. Perasaan ingin tahu tiba-tiba timbul.
“Saya memang sudah dapat tawaran ke universiti di selatan semenanjung sebaik selesai SPM yang lalu.”
“Habis? Mengapa tidak daftar diri?”
“Seperti yang saya katakan, ayah suruh saya ke mari menjaga nenek dan juga mencari kerja.”
“Ke mana perginya ayah awak? Dan ibu?”
“Ibu sudah meninggal. Ayah pula sudah berkahwin baru.”
Saya tergamam. Memerhatikan wajah pilu milik anak muda yang tidak berdosa itu, yang sudah tunduk ke lantai.
Bunyi ketap pada mesin pam menandakan tangki sudah penuh terisi.
Saya terus tersedar dari lamunan. Lantas, saya berkata, “Beginilah wahai anak! Jagailah nenek anak itu serta adik-adik dengan baik. Pastinya Allah akan memudahkan dan memberi rezeki ikut jalan lain nanti, Insya Allah. Percayalah cakap makcik ini, ya? Makcik akan tolong doakan, ya!”
“Terima kasih makcik!” katanya.
Selesai membuat pembayaran, saya mengangkat tangan ke arah si anak muda, menandakan saya sudah mahu berpergian. Si anak muda melambai-lambaikan tangannya penuh semangat.
Sepanjang memandu semula ke kampus, hati dan ingatan saya terus terganggu. Wajah cerdik milik si anak muda yang diselubungi duka itu terus menerus menghantui diri ini....
Mungkinkah ada cahaya di hujung terowong kehidupan bagi dirinya? Ya Allah..bantulah anak itu...Amin.

3 comments:
Kak Umi Kalthum,
Betullah, tak semua orang bertuah, rezeki semua ditangan allah. SEmoga dia memperolehi kejayaan dimasa depan.
Assalamualaikum Ummi,
Begitulah di antara kisah di celah kehidupan..Tidak semuanya harum mewangi...
Wasalam
Kesian dia kan. Ada orang yang mampu tapi malas belajar. Ada orang yang rajin dan pandai tapi tak mampu pulak. Semoga rezeki dia cerah suatu masa nanti. Insyaallah...
Post a Comment