Saturday, May 31, 2008

Menjejaki detik-detik silam... di ‘Toronto’ Perak......












“Sudikah Dr. menjadi pemeriksa luar bagi pelajar ijazah lanjutan kami?” kedengaran suara di talian sebelah sana.

Lalu saya menjawab, “Bidang apakah itu?”

“Bidangnya ada kaitan dengan kejuruteraan bioperubatan.”

“Sudah tentu! Kirimkan surat jemputan rasmi ke alamat pejabat saya. Ini alamatnya,” kata saya.

“Tidak mengapa Dr. sebab alamat Dr. sudah ada dalam simpanan kami,” ceria sahaja bunyi suara di balik sana.

“Begitukah?”

“Terima kasih banyak-banyak Dr.”

Saya mengucapkan terima kasih kembali dan meletakkan gagang di tempatnya.

Ke tempat lama? Hati saya sungguh teruja! Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Masa pendek (kurang daripada seminggu) untuk meneliti tesis tidak melemahkan semangat saya menyempurnakan tugas semakan sebagai pemeriksa luar. Hati terlonjak-lonjak mahu ke sana dan juga berjumpa dengan penyelia lama saya semasa di peringkat ijazah Sarjana dan juga pada awal-awal pengajian peringkat Doktor Falsafah. Sungguh hati ini juga rindu bersua muka dengan Sifu Akademik yang sangat saya hormati, seorang yang luhur budinya dan tidak pernah lokek ilmu…(bersambung…)

2 comments:

mohad said...

toronto...kanada ???

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah...

Sdr. Ijad,

Terima kasih sudi ke mari..

Ya! 'Toronto' ..Kelakar bukan?

Akan saya susulkan mengapa nama itu digunakan dan amat bermakna bagi kami, para perintis Universiti Sains Malaysia, Kampus Cawangan Perak ketika itu...(Kini kami sudah di kampus baru di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang)...

Jemput ke sini lagi, ya?