Monday, April 27, 2009

Bersama Sahabat Penulis…di Pesta Buku Antarabangsa PWTC












“Saya Hamdy!” tegur seseorang sebaik saya tiba di gerai.

“Jadi, awaklah Hamdy! Kita saling beremel dan memotivasikan diri masing-masing melalui mesej dan pesanan ringkas. Baru sekarang kenal rupa!” kata saya, kepada Pak Utih, penulis buku "Suami Memimpin Isteri Mengurus", trainer program Mahligati Kasih, sahabat lama saya dan suami saya sendiri. Pak Utih duduk di sudut meja sebelah sana.

“Ya! Dia mungkin bunyi seperti kasar dalam isi emelnya tetapi sebenarnya, orangnya sangat baik hati!” kata Pak Utih, tersenyum lebar. Hamdy tertawa besar.

Kami di gerai JIMedia atau lebih tepat lagi, Readnetworks. Sebuah syarikat penerbitan milik Saudara Wan Mohd. Zukri atau lebih dikenali sebagai Abu Syamil. Beliau bertanggungjawab menerbitkan bahan bacaan dan media bermutu untuk JIMedia.

“Ke mana perginya Roha?” saya bertanya.

Roha adalah sahabat kami yang telah dipertanggungjawabkan bagi menyusun artikel dimuatkan dalam projek buku ketiga di bawah Wanita JIM Pusat iaitu buku “Ibu Madrasah Pertamaku”, yang mana saya turut menyumbang satu bab. Dalam projek pertama “Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung”, 2 artikel telah saya sumbangkan manakala dalam projek kedua, “Mengapa Saya Bekerja”, saya telah menyumbang 1 bab. Kedua-dua projek awal ini telah disusun oleh Puan Ir. Hajjah Endok Sempo M. Tahir.

“Rasanya, dia tidak dapat bersama kita pada hari ini,” kata Hamdy atau nama sebenarnya Haron Mohd.Yusof, penulis Rancang Hidup Rancang Wang dan beberapa buah buku lain.

Sekonyong-konyong, kedengaran ucapan salam dari sahabat penulis kami seorang lagi. Dr. Harlina Haliza Siraj, Ketua Wanita JIM Pusat yang kerap muncul di kaca TV dan media massa.

Kami sempat bergambar bersama dengan editor kami, Saudara Wan Muhammad Wan Ibrahim, anak muda, ayah kepada tiga orang cahaya mata. Beliau bekerja sepenuh masa dengan JIMedia Pusat.

“Saya tidak berapa mahu dikenali,” kata Hamdy melarikan diri di sebalik tiang.

Saya menggelengkan kepala.

Begitulah suasana kami sahabat-sahabat penulis pada Sabtu 25 April sempena Pesta Buku Antarabangsa di PWTC itu. Duduk-duduk bersama dan mempromosikan setiap daripada buku kami beberapa jam di gerai buku.Buku saya "Jadi, Anda Mahu Menulis", buku Dr. Har "Citra Wanita Kontemporari", buku Pak Utih "Suami Memimpin Isteri Mengurus", buku Hamdy "Rancang Hidup Rancang Wang Remaja" baru sahaja terbit malam sebelumnya Bak kata orang - segar, baru keluar dari ketuhar. Kami menandatangan, mengenali pembeli dan bersama pembaca dengan lebih dekat selama beberapa jam. Sungguh menyeronokkan!
PS. Sesiapa yang berminat untuk menerbitkan buku melalui JIMedia, jemput hubungi Saudara Wan Mohd. Zukri 012-320 3434 atau Saudara Wan Am 012-6615745.

20 comments:

Anonymous said...

Tahniah Kak Umi!

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Saudara Zulkifli Khair,

Terima kasih di atas ucapan.

Mari ke Pesta Buku Antarabangsa tahun hadapan pula? Semestinya akan ada karya saudara yang terbaru yang akan dapat dipromosikan nanti, ya?

Wasalam...

Anonymous said...

Salam.. ana ada ke PWTC. Tapi, ana x jumpa booth JIM Media.. X pe la.. Sebab ana tergesa-gesa pergi masa tu.. InsyaAllah lain kali ana singgah dan pulang bersama buah tangan dari booth tersebut..

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum lil biruny,

Tidak mengapa..tiada rezeki hendak jumpa..

Sekiranya berminat dengan sebarang buku JIMedia, jemput hubungi nama-nama melalui no talian yang tertera, ya?

Fakhrul Ezam said...

salam ziarah...

Umi Kalthum Ngah said...

Saudara Fakhrul Ezam,

Terima kasih sudi berkunjung!

Mauidzah said...

Assalamualaikum...Ikutilah Kisah-Kisah Menarik Dari Hadis Soheh http://mujahidfillah.blogspot

Umi Kalthum Ngah said...

Saudara Mauidzah,

Waalaikumussalam.

Terima kasih meninggalkan jejak!

S. Rafidah H. Basri said...

Assalamualaikum Pn Umi.

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya. Sudah lama juga saya tidak menulis kerana kesihatan yang agak kurang membaik.

Tahun ini tidak dpt ke Pesta Buku kerana keuzuran diri. Namun terima kasih atas kesudian Puan menulis mengenai diri ini dlm buku terbaru Puan.

Insyaallah saya akan meminta suami mencari buku tersebut utk saya. Dapat juga dijadikan panduan utk saya.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Puan Rafidah.

Terima kasih kerana berkunjung balas.

Jemput telefon saudara Wan Am atau WanZukri di talian tertera pada entri bagi bekalan buku, ya?

dr.w said...

Salam ziarah blog

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum dr.w,

Terima kasih sudi berkunjung dan tinggalkan jejak

Thoyba Mursyidah said...

Salam Ziarah Prof.

Tumpang berteduh sebentar di sini, melepas lelah mencari ilham yang tak ketemu..huhu

Umi Kalthum Ngah said...

Sdr. Thoyba Mursyidah,

Selamat datang..Cuba lakukan latihan sepertimana yang telah saya tunjukkan semasa bengkel penulisan tempoh hari...

Cari buku saya. Moga dapat suntikan ide meneruskan penulisan...

MerahHitam said...

Salaam,

Saya jatuh cinta dengan bahasa yang digunakan di blog ni....

Umi Kalthum Ngah said...

Ciku Laila yang dikasihi,

Assalamualaikum warahmatullah..

Terima kasih sudi menjengah dan di atas kata-kata. Segala pujian bagi Allah..Alhamdulillah.

Saya selalu diperingatkan Sifu penulisan saya iaitu Puan Ainon Mohd. serta suaminya Prof. Emeritus Abdullah Hassan supaya memperbaguskan bahasa ibunda kita sendiri...

Itu yang saya cuba sedaya upaya..

Saya terdiri daripada mereka yang terpaksa melalui zaman persekolahan sekolah rendah sehingga menengah yang bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris..menyebabkan bahasa ibunda sendiri tidak begitu pandai...

Inayah Isa said...

Salam.

Banyak juga entry dalam blog ni ya.

Saya link cerita pasal RS ke blog kami. Jzkk

Umi Kalthum Ngah said...

Inayah,

Assalamualaikum...Teruskan..saya tiada halangan...

Insani said...

Salam ziarah.

Salam perjuangan

Umi Kalthum Ngah said...

Saudara Insani,

Terima kasih sudi berziarah...

Wasalam...